wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - PERIBAHASA TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

2.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

3.

Cikgu Noor mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang bengkang-bengkok ______________________.

a)

A. seperti ular kena palu

b)

B. seperti kerbau dicucuk hidung

c)

C. seperti ikan dalam belat

d)

D. seperti bumi dengan langit

4.

Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup _________________________ demi mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

a)

indah khabar dari rupa

b)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

c)

dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung

d)

kacang lupakan kulit

5.

Perniagaannya mengambil masa dua puluh tahun untuk maju seperti sekarang tetapi jika dia tidak berhati-hati, semuanya dapat hancur dalam sekelip mata kerana ada pepatah mengatakan bahawa .......

a)

panas setahun hujan sehari,liput tanjung dengan pulau

b)

orang mengantuk disorongkan bantal

c)

naik seperti semut,turun seperti ribut

d)

nasi sudah menjadi bubur

6.

Cikgu Hayati _______________ dengan sikap anak muridnya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.

a)

membuang garam ke laut

b)

makan hati berulam jantung

c)

menangguk di air keruh

d)

hidup segan, mati tak mahu

7.

Penduduk Kampung Sri Meranti selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.


Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?

a)

Darah daging

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti anjing dengan kucing

8.

Duduklah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Namun, jangan jadi seperti _____________________________ yang tidak mengambil tahu perkembangan semasa .

a)

katak di bawah gelas

b)

katak di bawah cermin

c)

katak di bawah tempurung

d)

kodok di bawah meja

9.

Pasangan pengantin itu kelihatan sangat sepadan ______________________.

a)

bagai enau dalam belukar

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai lebah meghimpun madu

d)

bagai menatang minyak yang penuh

10.

Hadi hanya akan membuat kerja apabila disuruh oleh ibunya ________________________________.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

seperti pungguk rindukan bulan.

d)

seperti ular kena palu

11.

Kehidupan Salim sangat sukar __________________setelah dia kehilangan pekerjaan.

a)

seperti ayam berak kapur

b)

ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

c)

ibarat ketam menyuruh anakya berjalan betul.

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

12.

Maksud peribahasa “Bagai layang-layang terputus talinya” ialah...

a)

layang-layang terputus tali

b)

talinya putus

c)

Sudah putus harapan

d)

tali layang-layang terputus kerana berputus asa

13.

Apakah maksud peribahasa ‘Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’?

a)

Tidak pandai bermain bola

b)

Peniaga yang mengambil keuntungan tinggi

c)

Hampa

d)

Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh

14.

Peribahasa yang membawa maksud ‘Tidak pernah bercerai, sangat cocok’.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

seperti pahat dengan penukul

15.

Pilih satu jawapan yang paling sesuai:


Sebaik sahaja melangkah ke dalam gedung kain itu, Mak Cik Kiah terus memilih kain-kain berkualiti untuk dibeli kerana baginya _________________________________ .

a)

Gunung sama didaki, lurah sama dituruni

b)

Alah membeli menang memakai

c)

Alang-alang berdakwat biar hitam

d)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

16.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
17.

Ayah ________________ apabila mendengar berita bahawa adik telah dibuli oleh samseng di luar sekolah.

a)

naik tangan

b)

naik angin

c)

angin naik

d)

naik turun

18.

Mereka mendapat _____________ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.

a)

tulang belakang

b)

makan hati

c)

durian runtuh

d)

langkah kanan

19.

Kasim menolak pujukan kawan-kawannya untuk bermain futsal kerana dia ________________ membantu ibunya berniaga di kedai.

a)

bulat hati

b)

hati batu

c)

ada hati

d)

ada bakat

20.

Adik berlari pantas macam _____________ semasa hari sukan sekolahnya.

a)

kilat

b)

kancil

c)

harimau

d)

bidadari