WorksheetsKUIZ KATA NAMA DAN PENJODOH BILANGAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Irfan telah mengikuti _______________ lukisan untuk meningkatkan kemahiran melukis.
sekolah
kelas
makmal
balai
Dalam pertandingan melukis itu, para peserta dibekalkan dengan ______________ lukisan, pensel, dan krayon.
kertas
kanvas
potret
cat
Amar menghulurkan sekeping ______________ ucapan untuk adiknya yang menang dalam pertandingan melukis itu.
nota
kad
poster
notis
Ruben menjamu rakan-rakannya dengan makanan tradisi India, iaitu ________________.
biskut
roti canai
muruku
kek
Encik Amin menghadiahi isterinya se_______________ bunga mawar merah sempena sambutan hari lahir isterinya itu.
bungkus
jambak
gugus
ikat
Izuni menyampaikan dua _____________ puisi yang bertajuk "Kasih Ayah Bonda" untuk ibu dan ayahnya.
baris
bentuk
patah
rangkap
Ibu menghidangkan beberapa ___________ kuih seri muka untuk minum petang.
hiris
kerat
ulas
potong
Ayah membeli empat ______________ jagung bakar semasa berkelah di Air Terjun Sungai Gabai.
tongkol
tangkai
batang
pucuk
Encik Zakaria membawa keluarganya makan malam di ____________ yang popular dengan masakan pantai timur itu.
Kafe Siber Jaya
Kedai Runcit Hasan
Restoran Sri Timur
Gerai Kopi Hasnol
Pei Shan sedang membaca majalah ______________ di anjung rumahnya.
Kamus Dewan
Kasih Ibuku
Dewan Pelajar
Berita Harian
