wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Nenek Suriati tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ____________________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

_________ Syafik berubah apabula dituduh mencuri.

a)

Ada muka

b)

Isi hati

c)

Air muka

d)

Air mata

3.

Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.

a)

bagai api dalam sekam

b)

bagai gunting dalam lipatan

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

bagai anjing menyalak bukit

4.

Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti bulan di pagar bintang

d)

seperti cincin dengan permata

5.

Farid _________ sejak dia menjadi buruan pihak polis.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti cacing kepanasan

c)

seperti embun di atas daun

d)

seperti kera mendapat bunga

6.

Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.

a)

seperti belangkas

b)

seperti bertih digoreng

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai cincin dengan permata

7.

Setelah berjaya dalam beberapa pertandingan, Aziz mula _________.

a)

ada hati

b)

ambil hati

c)

keras kepala

d)

besar kepala

8.

Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.

a)

seperti kaca jatuh terhempas

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti mencurah air ke daun keladi

d)

seperti tikus membaiki labu

9.

Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.

a)

seperti duri dalam daging

b)

seperti nyawa-nyawa ikan

c)

seperti abu atas tunggul

d)

seperti retak menanti belah

10.

Maria berasa _________ apabila Tony sanggup membantunya.

a)

ada gula ada semut

b)

alah bisa tegal biasa

c)

ada udang di sebalik batu

d)

alah membeli menang memakai