NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA- Simpulan Bahasa 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Nyawa kanak-kanak itu ______________apabila dia terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar.
bagai telur di hujung tanduk
bagai api dalam sekam
bagai kera mendapat bunga
Kami ____________kerana dikejar oleh seekor anjing yang garang dalam perjalanan pulang dari sekolah.
langkah kanan
langkah kiri
langkah bendul
Keadaan di dalam gua itu____________dan sangat menakutkan.
cerah macam siang
gelap seperti malam
putih macam kapas
Kita tidak boleh _____________jika ingin mencapai kejayaan.
berputus asa
ambil masa
ambil hati
Penduduk Kampung Budiman _____________dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
berganding bahu
berperang mulut
berhati perut
Setiap hari, Pak Samad_________mengerjakan kebun sayur yang terletak di belakang rumahnya.
mandi peluh
mandi kerbau
makan hati
"Setiap permasalahan pasti _____________penyelesaiannya," kata Pak Mail kepada anak-anak buahnnya.
cari jalan
ada jalan
ada hati
Jika hendak melakukan sesuatu, kita perlu melakukannya dengan sedaya upaya kita kerana__________________________.
ada semut ada gula
ada ubi ada batas
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
Hubungan Aliza dan Alina ___________kerana mereka ialah pasangan kembar.
bagai isi dengan kuku
bagai rumput di tepi jalan
bagai itik pulang petang
Walaupun Johan hanyalah anak angkat, tetapi dia dijaga oleh keluarga Datuk Hanif dengan penuh kasih sayang.
bagai aur dengan tebing
bagai langit dengan bumi
bagai menatang minyak yang penuh
