wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KESELAMATAN BENGKEL RBT T4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah murid tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru?

a)

supaya tiada alatan rosak

b)

supaya murid tidak dimarahi guru

c)

supaya murid tidak ditimpa kemalangan

d)

supaya tiada alat tulis kawan yang hilang

2.

Yang manakah antara peraturan berikut perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan di bengkel akibat ruang kerja menjadi sempit?

a)

'DILARANG MEMBAWA BEG KE DALAM BENGKEL'

b)

'PAKAI KASUT BERTUTUP SEPANJANG MASA BERADA DI BENGKEL'

c)

'JANGAN BERMAIN DAN BERGURAU SEMASA BERADA DI BENGKEL'

d)

'SILA BUKA PINTU DAN TINGKAP SEBAIK SAHAJA MEMASUKI BENGKEL'

3.

Terdapat banyak soket elektrik di bengkel. Apakah bahaya yang mungkin terjadi sekiranya murid melakukan sesuatu seperti gambar di atas?

a)

bengkel akan terbakar

b)

murid tersebut terkena renjatan elektrik

c)

murid tersebut akan terbakar dan melecur

d)

bekalan elektrik di bengkel akan terputus

4.

Bilakah simbol ini akan menjadi rujukan dan panduan penting?

a)

semasa berlakunya kebakaran

b)

semasa perhimpunan rasmi sekolah

c)

semasa melakukan kerja berkumpulan di bengkel

d)

semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bengkel

5.

Warna pada simbol dan tanda keselamatan mempunyai maksud tertentu. Yang manakah antara berikut warna yang memberikan petunjuk "amaran"?

a)

kuning

b)

hijau

c)

merah

d)

putih

6.

Kecuaian di bengkel berikut boleh menyebabkan kecederaan melecur, kecuali

a)

terkena air panas

b)

terkena objek panas

c)

terkena arus elektrik

d)

terkena alatan tajam

7.

Susun cara merawat kemalangan dengan betul.

i - berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera

ii- siram kawasan yang melecur di bawah aliran air.

iii- sapukan krim atau losen yang sesuai untuk merawat kelecuran.

a)

iii - i - ii

b)

i - ii - iii

c)

iii - ii - i

d)

ii - iii - i

8.

Pilih betul atau salah pada pernyataan berikut.

"Membawa beg masuk ke dalam bengkel akan menyebabkan ruang kerja menjadi sempit dan menghalang laluan"

a)

betul

b)

salah

9.

"menggunakan bahan tanpa berhemah boleh menyebabkan kehilangan barang semasa ketiadaan guru"

a)

betul

b)

salah

10.

'tidak membuka pintu dan tingkap bengkel akan menyebabkan tiada pengudaraan yang baik dan pencahayaan tidak cukup"

a)

betul

b)

salah