wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5 BAB 1

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

_____________ bermaksud agung atau tertinggi dalam Bahasa Yunani.

a)

Daulat

b)

Daulah

c)

Supernuus

d)

Sovereignity

2.

Takrif daulah dalam Bahasa Arab bermaksud ______________

a)

negara yang bebas dan merdeka

b)

kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

negara yang berkuasa penuh terhadap pemerintahan

3.

Menurut Ibnu Khaldun, kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan _________________ bangsanya.

a)

sifat kekal

b)

keadilan

c)

semangat kekitaan

d)

kebebasan

4.

Menurut __________________, kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan.

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Tun Dr. Mohamed Salle Abas

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

5.

Terdapat 4 jenis kedaulatan iaitu Kedaulatan Tradisional, Kedaulatan Moden, Kedaulatan Undang-undang dan ______________________.

a)

Kedaulatan Negara

b)

Kedaulatan Antarabangsa

c)

Kedaulatan Dunia

d)

Kedaulatan Pemimpin

6.

Salah satu antara ciri negara berdaulat ialah mempunyai sempadan. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

7.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

(a)  

8.

(a)   bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan di Malaysia.

9.

Urusan pemerintahan, pentadbiran, ______________ dan pembangunan ekonomi negara Malaysia dipermudahkan apabila wujudnya penetapan sempadan.

a)

undang-undang

b)

kebudayaan

c)

pertahanan

d)

jaringan sosial

10.

Dalam menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat, kerajaan memainkan peranan penting dalam menyatu padukan semua kaum iaitu melalui semua perkara di bawah kecuali ______________.

a)

Rukun Negara

b)

agama

c)

identiti nasional yang sama

d)

satu bahasa dan kebudayaan

11.

Nyatakan salah satu kepentingan mewujudkan negara berdaulat. (tulis semua huruf kecil)

(a)  

12.

Negara berdaulat diberikan kebebasan untuk mentadbir negara ______________________.

a)

dengan campur tangan pihak luar

b)

tanpa campur tangan pihak luar

c)

dengan kerjasama semua

d)

tanpa kerjasama semua

13.

Apakah dasar yang digunakan di Malaysia dalam memakmurkan ekonomi negara?

a)

Dasar pembangunan ekonomi negara

b)

Dasar kemakmuran ekonomi negara

c)

Dasar peningkatan taraf hidup rakyat

d)

Dasar kecemerlangan ekonomi negara

14.

Gambarajah di atas menunjukkan pasukan bola sepak kebangsaan yang berbilang kaum telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada gambarajah di atas?

a)

Sukan memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah negara

b)

Bersukan amat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.

c)

Jika berusaha pasti berjaya.

d)

Sukan dapat memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan.

15.

Apakah hubungan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mencapai kecemerlangan hubungan dengan negara luar?

a)

Diplomatik dan pertahanan

b)

Perdagangan dan persahabatan

c)

Diplomatik dan persahabatan

d)

Perdagangan dan pertahanan

16.

Antara berikut adalah langkah mempertahankan kedaulatan negara kecuali _____________.

a)

mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

b)

mengekalkan perpaduan

c)

memupuk patriotisme

d)

mengukuhkan ekonomi negara

17.

Dalam memastikan negara stabil dan makmur, rakyat perlulah memberikan kesetiaan kepada ____________ dan _____________. (pilih 2 jawapan sahaja)

a)

undang-undang

b)

raja

c)

negara

d)

parlimen

18.

Perangkaan program dan kempen perpaduan kaum perlulah berkesan dalam memupuk perpaduan kaum dan _____________.

a)

integrasi nasional

b)

semangat perkongsian

c)

kerjasama

d)

semangat kekitaan

19.

Nyatakan satu contoh lambang negara Malaysia.

(a)  

20.

Antara berikut menunjukkan usaha yang dilakukan oleh pemerintah dalam mengukuhkan pertahanan negara. (pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menggubal dasar dan undang-undang.

b)

Mengelakkan sebarang perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan dengan mana-mana negara luar.

c)

Memodenkan aset ketenteraan.

d)

Memastikan pasukan keselamatan medapat rehat yang cukup.