wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 (BAIK HATI)

Total questions: 16

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Vanaja seorang budak yang _________________ kerana dia suka membantu neneknya membuat kuih untuk perayaan Deepavali.

a)

baik hati

b)

sombong

c)

mementingkan diri

2.

Abang Wai Chen sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah. Sebagai seorang adik yang baik hati, Wai Chen membantu abangnya dengan ___________________________________.

a)

menyiapkan kerja sekolahnya

b)

memberikan ubat dan air

c)

membuat bising semasa abang tidur

3.

Kakak Wai Chen telah tertinggal set pensel warnanya di sekolah. Oleh itu, Wai Chen telah ___________________________________.

a)

menyuruh ayahnya membelikan pensel warna baru untuk kakaknya

b)

membiarkan kakaknya tidak menyiapkan kerja sekolah

c)

meminjamkan pensel warnanya kepada kakak

4.

Apakah yang dilakukan oleh Fahmi?

a)

Membantu abangnya mengemaskan katil

b)

Melihat sahaja abangnya mengemaskan katil

c)

Berbual dengan abang semasa abangnya sibuk mengemaskan bilik

5.

Apakah kebaikan apabila Fahmi membantu abangnya?

a)

Fahmi dapat meminta upah selepas membantu abangnya

b)

Kerja mengemas bilik abangnya dapat dilakukan dengan cepat

c)

Fahmi menjadi semakin malas

6.

Adik Fahmi belajar di Prasekolah dan masih tidak lancar membaca. Oleh itu, Fahmi _____________________________________.

a)

memarahi adiknya kerana tidak lancar membaca

b)

membiarkan adiknya

c)

mengajar adiknya membaca

7.

Apakah perasaan dan kesan daripada perbuatan Fahmi?

a)

Fahmi berasa bangga dan adiknya semakin lancar membaca

b)

Fahmi berasa marah dan adiknya akan takut untuk belajar dengannya

c)

Fahmi berasa menyesal dan adiknya tidak mahu belajar dengannya

8.

Fahmi membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur selepas makan tengah hari. Perbuatan Fahmi dapat ______________________________________.

a)

menyusahkan kerja ibu

b)

meringankan kerja ibu

c)

menambahkan lagi kerja ibu

9.

"Fahmi meminjamkan topi keledarnya kepada kakak"

Mengapakah Fahmi memastikan kakak memakai topi keledar dengan betul sebelum melakukan aktiviti berbasikal?

a)

Mengelakkan topi keledar jatuh dan rosak

b)

Untuk memastikan kakak memulangkan topi keledar itu selepas menggunakannya

c)

Supaya keselamatan kakak terjamin

10.

"Kakak melipat pakaian di dalam bilik"

Apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Membantu kakak melipat pakaian supaya siap cepat

b)

Duduk dan menemani kakak semasa dia melipat pakaian

c)

Menyuruh adik membantu kakak melipat pakaian

11.

"Adik yang berumur 4 tahun telah menyepahkan buku di rak"

Apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Memarahi adik kerana tidak mengemaskan buku yang telah disepahkan

b)

Mengemas semula buku-buku tersebut

c)

Melaporkan kepada ayah mengenai perbuatan adik

12.

"Ibu telah menghadiahkan saya sebuah papan congkak. Adik ingin melihat dan belajar bermain permainan congkak"

Apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Memberitahu ibu supaya membelikan sebuah lagi papan congkak untuk adik

b)

Meminjamkan papan congkak itu dan menyuruh adik untuk belajar sendiri cara bermain permainan congkak

c)

Meminjamkan papan congkak itu dan menunjuk ajar cara bermain permainan congkak

13.

"Adik menangis kerana layang-layang pemberian datuk telah terkoyak akibat tersangkut pada ranting pokok"

Apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Memujuk adik dan membantunya membaiki layang-layang tersebut

b)

Memujuk adik dan menyuruhnya meminta datuk untuk membuat layang-layang baharu

c)

Memujuk adik dan membuang sahaja layang-layang tersebut

14.

"Ayah baru pulang dari tempat kerja"

Pilih 2 cara kamu membantu keluarga dalam situasi ini

a)

Menghidupkan suis kipas untuk ayah

b)

Mengadu kepada ayah mengenai perbuatan kakak

c)

Menyediakan segelas air sejuk untuk ayah

15.

"Kakak menyapu daun-daun kering di halaman rumah"

Pilih 2 cara kamu membantu keluarga dalam situasi ini

a)

Melihat dan mengarahkan kakak untuk segera menyiapkan kerjanya kerana hari sudah petang

b)

Mengumpulkan daun-daun kering yang sudah disapu kakak untuk dibakar oleh ayah

c)

Menyediakan minuman sejuk untuk kakak dan menggantikan kerjanya semasa dia berehat

16.

"Ibu sedang mengemaskan meja makan"

Pilih 2 cara kamu membantu keluarga dalam situasi ini

a)

Mengumpulkan pinggan mangkuk yang kotor untuk dicuci

b)

Menyapu sisa makanan yang terjatuh di bawah meja

c)

Memanggil kakak dan abang untuk membantu ibu