wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T2 SYAIR NASIHAT

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tajuk syair untuk kelas pada hari ini?

a)

Syair nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

b)

Syair nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

c)

Pantun nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

d)

Syair nasihat (Pertengahan Thamarat al-Muhimmah)

2.

Pilihan jawapan di bawah merujuk kepada bentuk syair yang betul, KECUALI..

a)

Syair nasihat ini mempunyai 18 rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

c)

Jumlah perkataan dalam syair ini antara 3 hingga 7 perkataan.

3.

Antara pengajaran yang terdapat dalam syair nasihat ialah..


(sila pilih 2 jawapan yang tepat)

a)

Kita perlulah memupuk rasa kasih sayang antara pemerintah dan raja.

b)

Kita haruslah bertawakal kepada Tuhan setelah membuat keputusan berdasarkan syariat.

c)

Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.

d)

Pemerintah harus menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang bersalah berdasarkan apa yang didengar sahaja.

4.

Mengapakah ketua keluarga harus menerapkan ilmu agama dalam kehidupan anaknya?

a)

supaya ketua keluarga dapat berlagak dengan ilmu agama yang diperolehinya.

b)

supaya anaknya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat.

c)

supaya orang sekeliling memberikan tabik hormat kepada ketua keluarga.

d)

supaya bapanya dipuji dan disanjung oleh masyakarat setempat.

5.

Apakah maksud rangkap pertama syair nasihat?

a)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan pantun

b)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan syair

c)

Penyair telah tamat mengarang majalah supaya dapat dijadikan pantun

d)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan syair

6.

Apakah tema syair nasihat?

a)

Nasihat bapa kepada ibunya supaya memasak makanan yang sedap

b)

Nasihat ibu kepada bapanya supaya tidak kahwin lebih daripada satu

c)

Nasihat anak kepada bapanya supaya bekerja dengan lebih keras

d)

Nasihat bapa kepada anaknya tentang kepentingan menuntut ilmu

7.

Apakah nilai yang anda dapat dalam syair nasihat?

a)

Kasih sayang

b)

Keadilan

c)

bertoleransi

d)

kesedaran

8.

Berdasarkan rangkap 9 mengapakah ilmu pengetahuan sangat ditekankan dalam syair nasihat?

a)

untuk mencapai cita - cita

b)

untuk mengajar orang lain mengenai ilmu baru

c)

untuk membangga diri

d)

untuk membezakan perkara yang benar dan tidak benar

9.

Apakah persoalan yang anda boleh dapati dalam syair nasihat ini?

a)

wajib menuntut ilmu

b)

wajib bersikap malas

c)

sentiasa hormat-menghormati

d)

wajib bersuka ria apabila belajar

10.

Menuntut ilmu janganlah segan merupakan gaya bahasa_______________.

a)

Inversi

b)

Responsi

c)

Asonansi

d)

Simile

11.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa simile.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

12.

Yang manakah berikut bukan nilai dalam Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Kerajinan

b)

Kepatuhan

c)

Keadilan

d)

Kesyukuran

13.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa anafora.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

14.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa sinkope.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak diam hati tak mahu.

15.

Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.


Pernyataan di atas ialah maksud rangkap ke-8 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah). Nyatakan peribahasa yang menggambarkan maksud ayat tersebut.

a)

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati.

b)

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

c)

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

d)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

16.

Pernyataan yang manakah benar tentang bentuk syair ini?

a)

Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

c)

Panjang pendek barisnya sama.

d)

Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata.

17.

Ayuhai anakanda muda remaja


Unsur bunyi yang terdapat pada baris ayat di atas ialah...

a)

Asonansi

b)

Aliterasi

c)

Metafora

d)

Hiperbola

18.

Yang manakah antara berikut benar tentang rima akhir bagi setiap rangkap?

a)

Rangkap 1 : aaaa

b)

Rangkap 3 : aaab

c)

Rangkap 5 : aaba

d)

Rangkap 10 : abaa

19.

Hendak menghukumkan tiada tahu,

Hendak diam hati tak mahu.


Gaya bahasa yang betul bagi baris syair di atas ialah...

a)

Epifora

b)

Anafora

c)

Metafora

d)

Simile

20.

Antara pengajaran yang dapat diambil melalui syair ini ialah kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.


Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya seorang pemimpin menjalankan pemerintahan tanpa berdasarkan syariat?

a)

Keputusan yang dibuat tidak adil.

b)

Mengakibatkan ketidakstabilan politik.

c)

Negara akan menjadi huru-hara.

d)

Pemimpin tersebut akan disanjungi.