Font size
WorksheetsKuiz Sejarah Bab 1 Tingkatan 3
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Sistem pentadbiran beraja di Alam Melayu diketuai oleh sultan. Apakah fungsi sultan?
Lambang keamanan negeri
Lambang kedaulatan negeri
Lambang perpaduan rakyat
Lambang kesepakatan rakyat
Sistem perundangan di Sarawak dan Sabah berdasarkan hukum adat. Bagaimanakah hukum adat tersebut diamalkan?
Arahan
Bertulis
Penceritaan
Turun-temurun
Apakah sumber alam yang digunakan untuk menghasilkan kraftangan seperti tikar dan bakul?
Cengkih
Kayu manis
Pokok bakau
Daun mengkuang
Apakah sistem sukatan yang digunakan oleh orang melayu untuk menimbangkan barangan?
Tahil
kepul
Cupak
mayam
Antara berikut, di manakah pendidikan formal masyarakat tempatan di Alam Melayu dilaksanakan?
istana
rumah
sekolah
madrasah
Mengapakah bahasa melayu digelar sebagai bahasa lingua franca di Alam Melayu?
merupakan bahasa untuk kerabat diraja
menjadi bahasa rasmi untuk pentadbiran
menjadi bahasa dalam sistem pendidikan
menjadi bahasa pertuturan antara pedagang
Apakah kuasa Barat yang telah menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi?
Portugis
Belanda
Perancis
Sepanyol
Apakah hasil barangan yang diperlukan oleh negara China di kepulauan Melayu?
Teh
Emas
Sutera
Hasil hutan
Nyatakan kepentingan ciptaan kapal wap terhadap kuasa Barat?
Perjalanan menjadi lebih cepat
Membawa muatan yang banyak
Jaringan perdagangan diluaskan
Arahan disampaikan dengan cepat
Apakah kuasa Barat yang menggunakan slogan "Tugas Menyebarkan Tamadun" untuk menguasai Alam Melayu?
Britain
Portugal
Perancis
Sepanyol
Bagaimanakah strategi Portugis untuk menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka?
Serangan
Perjanjian
Hasutan
Tipu helah
Apakah persamaan strategi British dan Belanda dalam meluaskan kuasa di Alam Melayu?
Pakatan
Tipu helah
Manipulasi
Serangan fizikal
mengapakah Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Kuala Perak pada tahun 1651?
menguasai negeri Perak
dasar monopoli bijih timah
berlaku perselisihan faham
masalah perebutan perairan
Apakah kesan desakan james Brooke terhadap Sultan Brunei?
Diluluskan penubuhan Syarikat Hindia Timur Inggeris
Dibenarkan menguasai Sungai Skrang
Dilantik sebagai penasihat Barat
Diiktiraf sebagai Raja Sarawak
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan pemerintah terdahulu? (Bagi 3 sebab kenapa)
