NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU- KATA KERJA
Total questions: 61
Worksheet time: 31mins
Kakak Raqib __________________ pakaian di ampaian itu apabila hari sudah gelap.
mengangkat
mencuci
membuang
menyidai
Bapa Jia Yee _____________________ kereta ke pejabat pada setiap waktu pagi.
memandu
menunggang
membonceng
menuntun
Sotong yang telah dibersihkan akan __________________ di atas para-para sehingga kering.
disimpan
diperam
dihimpun
dijemur
Karim mengikut ibunya ___________________ bil elektrik di pejabat pos.
membayar
membeli
meminta
memungut
Setiap hari, Tasha ___________________ bas ke tempat kerjanya.
menaiki
membawa
memandu
menunggang
Nelayan itu turun ke laut untuk ___________________ ikan.
menjual
menangkap
memasak
membela
Rou En _________________ sampah ke dalam tong sampah.
menyimpan
membuang
membaling
meletak
Emak ___________________ lantai rumah yang berhabuk itu.
membasuh
mengunci
mengemop
membakar
Qayyum memenangi acara _______________ belon dalam pertandingan sukaneka itu.
meniup
menendang
memotong
menyidai
Adila suka __________________ di taman bunga pada setiap petang.
membeli
mencabut
berjoging
tidur
Ayah __________________ surat khabar sambil minum air kopi di ruang tamu.
menulis
merenyuk
membaca
mengarang
Johan _________________ pintu pagar rumahnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
melukis
merobohkan
menendang
mengecat
Ita sedang _________________ pinggan-pinggan di dapur.
memijak
menunggang
melihat
mencuci
Nenek Rika sedang _________________ bawang di dapur.
menghiris
mengetuk
memukul
memalu
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa perlu _________________ minat dan jati diri yang mendalam terhadap bahasa Melayu.
membuang
merosakkan
menunjukkan
menyembunyikan
Murid-murid perlu rajin ________________ bahan bacaan dalam bahasa Melayu agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
membacakan
merosakkan
melihat
membaca
Semua rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk _________________ kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
martabatkan
memartabat
memartabatkan
dimartabatkan
Cikgu Shah menggalakkan kami membaca majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk ___________________ lebih banyak kosa kata.
menguasakan
dikuasai
menguasai
berkuasa
Penggunaan bahasa yang baik __________________ identiti bangsa.
melambangkan
dilambangkan
melambang
dilambang
Khairy sedang __________________ sampan di Tasik Tropika.
mengacau
menolak
mendayung
membonceng
Anjing peliharaan Kai Yu sedang _______________ seketul tulang.
membaham
menggonggong
menelan
menggigit
Mirwan _______________ beberapa biji buah durian yang telah gugur di dusunnya.
mengutip
menjolok
mencampak
membaling
Kita hendaklah ________________ kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
menanggalkan
mengeluarkan
melepaskan
membuangkan
Siau Leng _______________ buah rambutan di kebunnya dengan sebatang galah.
merentap
menolak
menjolok
memukul
Datuk dan nenek sedang _________________ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.
berpesan
bersembang
berhubung
berkata
Adik ________________ lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.
mematikan
meniup
menyalakan
memasang
“ Saya yakin dapat ___________________ Bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini”, kata Jing Kok.
menguasai
meminati
mengenali
menyertai
Pak Alang __________________ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
menimbus
mengais
membakar
menggali
Min Zhou sedang ________________ sampan di Tasik Biru.
mengacau
menolak
mendayung
membonceng
Ah Huat cuba ________________ pokok mangga di belakang rumahnya.
mendaki
memijak
memanjat
menaiki
Ah Huat cuba ________________ pokok mangga di belakang rumahnya.
mendaki
memijak
memanjat
menaiki
Chee Keong hanya melihat sahaja adik bongsunya yang sedang __________________ dinding rumah mereka.
mewarna
mengecat
menconteng
membuat
Emily _________________ pakaian di ampaian itu apabila hari sudah mendung.
mengangkat
mencuci
membuang
menyidai
Encik Thiran ________________ kapak itu sehingga tajam sebelum memotong kayu di belakang rumahnya.
menganyam
menghiris
mengasah
melukis
Chi Hua ________________ air menggunakan cerek elektrik.
mereneh
memegang
menjemur
menjerang
Ibu Fazlina _________________ bawang besar itu nipis-nipis untuk di masukkan ke dalam sup ayam.
mengerat
menetak
menghiris
mencuci
Encik Akhil ________________ lalang yang tumbuh di tepi rumahnya.
menebang
mencantas
menebas
menggunting
Pak Cik Maniam _________________lembunya pada sebatang pokok.
menambat
memegang
mengikat
memetik
Men Yen ________________ sampah yang bertaburan di dalam kelasnya.
mengutip
mengupas
memetik
mencampak
Kipas angin berjenama itu dapat _______________ dengan ligat.
berhimpit
bergayut
berputar
berlari
Kereta Encik Ivan _______________ ke kanan lalu berhenti di tepi jalan.
membelok
menuntun
membonceng
menunggang
Para pelajar diminta _________ dalam kumpulan untuk menyenaraikan isi-isi penting.
bertanya
bercakap
berbincang
berbual
Pihak Kastam berjaya ___________ kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka.
menundukkan
menghapuskan
menumpaskan
menumbangkan
Pawang Ali mahir ____________ pesakit mental walaupun tanpa kelulusan kedoktoran.
memulih
merawat
membaiki
membetulkan
Azizah mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang telah datang ____________ majlis perkahwinan anaknya.
meriuhkan
membanyakkan
menggamatkan
memeriahkan
Datuk ketawa ________ apabila disindir kerana berjalan berpasangan dengan nenek.
teresak-esak
terjerit-jerit
terpinga-pinga
terbahak-bahak
_________ nya menjadi kabur semenjak dia menghidap penyakit kencing manis.
pengamatan
penglihatan
Pemerhatian
Pengecaman
Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
menimbang
mengira
menghitung
mencatat
Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjinjing
menatang
memegang
menggalas
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
memalu
memukul
mengetuk
menghentam
Matahari ____ di sebelah barat.
terhempap
terbenam
terhempas
termasuk
Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh
menampal
menyulam
menenun
menyirat
Puan Mei ling ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya.
memercik
melimpah
menuang
merenjis
Longkang di tepi jalan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap.
terdesak
terhimpit
tersumbat
terbantut
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
menyalai
menjerang
menanak
memanggang
Emak sibuk _____ baju di ruang tamu.
mengukur
melipat
menggosok
menjahit
Ketua pasukan Rumah Merah ____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Ular sawa itu __________ seekor kambing.
melulur
meneguk
mengunyah
menghisap
