wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 14_Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Dato' Suhaimi ialah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, ________________ juga seorang yang baik hati dan dermawan.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Awak

d)

Kita

2.

Sultan Muzaffar Shah merupakan seorang sultan yang amat dihormati oleh rakyat jelata kerana ___________________ seorang ketua negara yang adil lagi bijaksana.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

tuan hamba

3.

"Ampun tuanku, izinkan ___________________ masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

4.

" __________________ ingin pergi ke mana?" tanya Wei Hang kepada Hong Jin dan Nazim.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

5.

" Mari __________________ pergi ke perpustakaan," kata Shi Ting kepada rakan-rakannya.

a)

kami

b)

kita

c)

saya

d)

beta

6.

"Boleh __________________ tumpang bertanya?" kata Pei Wen dan Alan kepada wanita tua itu.

a)

kamu

b)

awak

c)

kami

d)

saya

7.

"Ampunkan ____________________, tuanku," sembah bendahara Melaka kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

8.

"Jika __________________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya, kata Dotty kepada kawan-kawan sekelasnya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

9.

Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menghadiri Majlis itu. ___________________ diiringi Raja Permaisuri Agong.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Patik

d)

Beliau

10.

Murali dan Kah Hong murid tahun enam. ___________________ bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

11.

Encik William ialah seorang peguam. __________________ telah dilantik menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah anaknya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Saya

d)

Kami

12.

Ayah Harith Adha ingin berjumpa dengan Cikgu Rokiah kerana __________________ ingin mengetahui perkembangan pembelajaran anaknya di sekolah.

a)

kami

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

13.

"Mesyuarat agung PIBG akan diadakan hujung bulan ini. Ibu bapa ___________________ perlu hadir pada hari tersebut," kata Guru Besar kepada semua murid.

a)

kita

b)

saya

c)

kalian

d)

mereka

14.

"Ibu bapa___________________ akan hadir dalam program motivasi itu," kata Kak Meng kepada Faiz Khan.

a)

kita

b)

beta

c)

saya

d)

beliau

15.

" _____________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi," kata Meng Ho dan Kang Yoon kepada ibu mereka.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Mereka

16.

“Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan __________________ diminta menulis nama serta alamat dengan jelas,” kata juruhebah itu.

a)

anda

b)

engkau

c)

patik

d)

mereka

17.

“____________________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor.

a)

Dia

b)

Beta

c)

Kami

d)

Beliau

18.

"Pastikan _________________ semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak akan tersesat,” kata Cikgu Zahrin kepada semua ahli pasukan pengakap.

a)

kita

b)

kamu

c)

anda

d)

mereka

19.

“Tun Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap ___________________ sekarang juga,” titah Sultan Melaka.

a)

patik

b)

tuanku

c)

hamba

d)

beta

20.

"_________________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Beliau