WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
bengkang-bengkok
haru-hiru
batu-batan
kacau-bilau
Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
kusut-masai
comot-momot
segar-bugar
Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.
riuh-rendah
mundar-mandir
kacau-bilau
mandi-manda
Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Rambut Alice _______ setelah bangun daripada tidur.
compang-camping
robak-rabik
kusut-masai
huru-hara
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak-peranda
serta-merta
remeh-temeh
lambat-laun
Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.
lenggak-lenggok
hiruk-pikuk
serba-serbi
simpang-siur
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.
lauk-pauk
sayur-mayur
saki-baki
rempah-ratus
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
terang-benderang
kacau-bilau
hiruk-pikuk
gelap-gelita
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
ulang-alik
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
berhujah-hujah
bertukar-tukar
berbalas-balas
berganti-ganti
Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
terkial-kial
tersekat-sekat
terhincut-hincut
terhuyung-hayang
Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.
rumput-rampai
gunung-ganang
semak-samun
bukit-bukau
