WorksheetsSN T4 Bab 2.1 : Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?
Bantuan kecemasan
Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
Hembusan ke dalam mulut mangsa
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?
Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan
Memulihkan sistem pencernaan mangsa
Mengelakkan mangsa tercekik
Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar
Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas.
Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?
Telefon talian kecemasan 999
Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya
Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain
Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?
Menekan dada dan mengepam darah
Membuang objek tersumbat dan menekan dada
Memberikan bantuan pernafasan dan mengepam darah
Menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan
Otak manusia boleh berfungsi untuk tempoh selama 4 hingga 6 minit selepas jantung berhenti berdenyut. Tempoh kritikal ini sangat penting untuk otak mendapatkan bekalan
makanan
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak?
Tiada pengudaraan di otak
Kepala diketuk oleh rakan
Oksigen tidak sampai ke otak bagi suatu tempoh tertentu
Luka pada bahagian kulit kepala
Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?
Doktor sahaja
Paramedik sahaja
Guru sahaja
Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR
Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?
Mangsa mengalami kekejangan kaki
Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba
Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki
Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan
Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam resusitasi kardiopulmonari. Yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang betul?
P=>S=>Q=>R
R=>Q=>S=>P
Q=>S=>P=>R
Q=>P=>S=>R
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Anda menghadapi seorang dewasa yg tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, apakah yg perlu anda lakukan terlebih dahulu?
mulakan CPR dengan 30 tekanan dada
Berikan 5 kali bantuan pernafasan awal
Berikan dua kali bantuan pernafasan awal
Hubungi bantuan 999
Mengapakah CPR penting?
Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yg kecil ke otak dan organ penting
Ia menghalang aorta daripada runtuh
Ia mengekalkan degupan jantung
Ia menghalang serangan jantung
Berapakah kekerapan tekanan dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
10 kali
20 kali
30 kali
40 kali
Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada?
sekurang-kurang 2.5 cm
sekurang-kurang 5 inci
sekurang-kurang 5 cm
sekurang-kurang 7 inci
Rajah yang manakah betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan di dada dilakukan?
Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
40 tekanan perminit
60 tekanan per minit
80 tekanan per minit
100 tekanan per minit
Rajah di bawah menunjukkan Hassan sedang melakukan bantuan kecemasan pada Salman yang pengsan semasa waktu rehat di sekolah. Apakah jenis bantuan kecemasan yang dilakukan ini?
Heimlich
Manoeuvre
Resusitasi Kardiopulmonari
Hembus dan tekan
Kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) melibatkan teknik tekanan di bahagian dada dan .......
hembusan
tarikan
tolakan
sedutan
Apakah langkah pertama yang harus dijalankan semasa melakukan CPR?
Tekanan dada
Bantuan pernafasan
Buka salur pernafasan
Periksa respons mangsa
Antara yang berikut yang manakah keadaan individu yang memerlukan CPR?
Individu yang tercekik
Individu yang tiada degupan jantung dan nadi
Individu yang memberi respons terhadap rangsangan
Individu yang terjatuh dan mengalami kecederaan ringan
Rajah di bawah menunjukkan bantuan pernafasan yang diberikan sewaktu CPR.
Apakah tujuan hembusan mulut ke mulut dilakukan?
Untuk membekalkan oksigen ke dalam peparu mangsa
Untuk menyegarkan mangsa
Untuk mengelakkan mangsa daripada cedera
Untuk membantu menghasilkan peredaran darah mangsa
Nik Irfan memerlukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam semua keadaan dibawah kecuali ..........
batuk
tidak bernafas
tiada dengupan jantung
tidak memberi gerak balas terhadap rangsangan
Apakah akibat jika tidak melakukan kaedah ini dengan betul?
tulang rusuk patah atau udara tidak sampai ke dalam peparunya
mangsa akan tersedar
paru-paru mangsa akan rosak
tulang rusuk mangsa patah
Apakah yang dibekalkan semasa hembusan CPR?
Oksigen
Hidrogen
Nitrogen
Argon
Mengapakah tekanan diberikan semasa CPR?
Menghalang darah terdeoksigen daripada mengalir ke jantung
Mengisi peparu mangsa dengan udara
Menolak diafragma ke atas
Mengepam darah keluar dari jantung ke seluruh badan
