wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Ganti Nama Diri 人称代名词

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

"Ampun, __________. Sembah patik harap diampun," kata Bendahara.

a)

A. patik

b)

B. tuanku

c)

C. beta

d)

D. aku

2.

"Siapa nama adik __________ yang bongsu?" tanya Felicia kepada Anusha.

a)

A. tuanku

b)

B. awak

c)

C. baginda

d)

D. saya

3.

Jika __________ ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami dengan segera.

a)

A. anda

b)

B. saya

c)

C. tuanku

d)

D. beta

4.

Titah Sultan Mahmud kepada Bendahara Tun Mamat, "__________ mahu penderhaka itu dipenjarakan."

a)

A. Aku

b)

B. Saya

c)

C. Beta

d)

D. Hamba

5.

Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis perasmian itu kerana __________ berada di luar negara.

a)

A. dia

b)

B. beliau

c)

C. baginda

d)

D.engkau

6.

Saya dan Suzie berjiran. __________tinggal di Taman Sutera.

a)

A. Kita

b)

B. Saya

c)

C. Kami

d)

D. Mereka

7.

Sebelum ibu pergi ke pasar, __________ akan membasuh pakaian terlebih dahulu.

a)

A. anda

b)

B. kami

c)

C. beliau

d)

D. dia

8.

Saya dan Fatimah berkawan baik. ___________ pergi ke sekolah bersama-sama.

a)

A. Baginda

b)

B. Kita

c)

C. Kami

d)

D. Mereka

9.

"__________ berharap agar seluruh rakyat hidup bersatu padu tanpa mengira kaum," titah Sultan Perak.

a)

A. Patik

b)

B. Beta

c)

C. Tuanku

d)

D. Hamba

10.

Nabila sedang membaca buku cerita. __________ duduk di atas tangga.

a)

A. Dia

b)

B. Awak

c)

C. Kalian

d)

D. Mereka

11.

Cikgu Mariam akan bersara pada tahun ini. __________ telah berkhidmat di sekolah saya selama 30 tahun.

a)

A. Beliau

b)

B. Dia

c)

C. Beta

d)

D. Baginda

12.

"__________ akan menangkap penderhaka itu," kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

a)

A. Beta

b)

B. Aku

c)

C. Patik

d)

D. Dia

13.

Kah Ming murid yang bijak. __________ sangat rajin mengulang kaji pelajaran.

a)

A. Dia

b)

B. Saya

c)

C. Kita

d)

D. Kamu

14.

"__________ berasal dari mana?" tanya Jui Ming kepada Amir.

a)

A. Kita

b)

B. Kami

c)

C. Awak

d)

D. Mereka

15.

Zarif dan Emil selalu berbual-bual di kantin. __________ sahabat karib.

a)

A. Kamu

b)

B. Beliau

c)

C. Mereka

d)

D. Baginda