WorksheetsKata Ganti Nama Diri
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Antara berikut, yang manakah kata ganti nama diri pertama?
Mereka
Kamu
Dia
Saya
Encik Goh ialah pengarah syarikat yang berdedikasi. ____________ sentiasa menepati masa semasa bertugas.
Dia
Beliau
Awak
Saya
"__________ akan bertolak ke Kuching pada petang ini," kata Johan kepada rakan serumahnya.
Kami
Mereka
Saya
Awak
Anis merupakan seorang anak yang berdikari. ________ sudah terbiasa melakukan semua kerja dengan sendirinya.
Saya
Beliau
Dia
Kamu
"____________ mesti belajar dengan bersungguh-sungguh," pesan Cikgu Zain kepada murid-muridnya.
Mereka
Kamu
Awak
Kalian
Pilih 2 kata ganti nama diri KETIGA dalam senarai berikut.
Mereka
Kami
Kamu
Dia
"________ hendak ke mana?" tanya Mei Lin kepadaku.
Dia
Awak
Beliau
Saya
"Mari ________ ke perpustakaan petang ini," kata Suraya kepada rakan sekelasnya, Gina.
kami
kalian
kamu
kita
Pilih kata ganti nama diri yang terdapat dalam ayat di bawah.
Mereka sedang berlatih bersungguh-sungguh kerana akan menyertai pertandingan bola sepak peringkat sekolah.
Mereka
sedang
kerana
akan
"Bilakah _________ akan berangkat ke luar negara?" tanya Alex kepada rakannya.
dia
saya
kamu
mereka
Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang tepat.
Azman tidak ke sekolah pada hari ini kerana (a) demam panas.
"Jangan buka kertas soalan ini sebelum _________ arahkan," kata Puan Suzana.
saya
awak
kamu
dia
Jali dan Jasni baik hati. ___ disukai oleh rakan-rakan.
Kami
Kita
Mereka
Dia
" ____ harus menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat, " kata ketua pengawas semasa sesi perhimpunan tadi.
Kami
Kita
Mereka
Dia
Pilih 2 kata ganti nama diri KEDUA dalam senarai berikut.
Kamu
Kalian
Dia
Kami
