wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Istilah-istilah Aqidah

Total questions: 18

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pilih padanan yang menunjukkan asal perkataan "Iman"

a)

الأمن - aman

b)

الأمن - yakin

c)

الأمين - percaya

d)

الأمين - teguh

2.

Semua yang berikut adalah menggambarkan makna perkataan asal Iman kecuali

a)

Keamanan daripada rasa takut dan bimbang

b)

Keamanan daripada dusta dan penipuan

c)

Kedamaian dan ketenangan

d)

Keamanan memilih keinginan diri

3.

Iman dari sudut bahasa bereerti

a)

Mengiktiraf, mengkaji, dan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu.

b)

Mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.

4.

Iman dari sudut bahasa juga mengandungi makna berikut kecuali

a)

ketenangan

b)

rasa penuh percaya

c)

ada rasa takut dan bimbang

d)

tiada keresahan dan kegelisahan jiwa

5.

Dari sudut istilah, Iman bermaksud

a)

beriktikad dengan akal, berikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota

b)

membenarkan dengan hati dan berikrar dengan semangat

c)

membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan beramal dengan seluruh anggota badan

6.

Kufur bermaksud

a)

tidak beriman dengan keesaan ALLAH SWT, atau kenabian, atau syariat atau ketiga-tiganya sekali

b)

mempersekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu yang lain

c)

sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang berupa sifat dan amalan orang Muslim pada zahir sedangkan hatinya tidak sedemikian

7.

Apakah makna Syirik?

a)

tidak beriman dengan keesaan ALLAH SWT atau kenabian atau syariat atau ketiga-tiganya sekali

b)

Mempersekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu yang lain

c)

sifat dan amalan yang dilahirkan berupa orang Muslim pada zahir sedangkan hatinya tidak demikian

8.

Semua yang berikut padanan yang betul kecuali

a)

Nifaq - beriman pada zahir sedangkan kufur pada batin

b)

Murtad - kembali kufur setelah Islam

c)

Fasiq - berbuat maksiat, meninggalkan perintah ALLAH SWT dan keluar dari jalan yang benar

d)

Fasiq - tidak beriman kepada kenabian

9.

# Selalu meninggalkan solat dengan sengaja

# Sering mencuri


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri ..

a)

kafir

b)

fasik

c)

munafiq

10.

Murtad adalah perbuatan yang sangat berat hukumannya dalam Islam. Berikut adalah cara menangani orang murtad kecuali

a)

dibuang daerah

b)

dikenakan hukuman bunuh

c)

memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

d)

memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam

11.

Pilih pertanyaan yang benar mengenai munafik

a)

Menyamakan ALLAH SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatannya

b)

Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW

c)

Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur

d)

Berpaling daripada ajaran Islam

12.

"Seseorang yang mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk memohon sesuatu hajat."


Perbuatan di atas merujuk kepada

a)

Khurafat

b)

Riddah

c)

Nifak

d)

Sihir

13.

"Mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam"


Pernyataan di atas menyebabkan seseorang itu jatuh murtad dengan cara

a)

amalan

b)

iktikad

c)

perkataan

d)

perbualan

14.

Mulhid ialah

a)

orang yang keluar daripada Islam

b)

orang yang tidak taat kepada ALLAHSWT

c)

orang yang tidak beragama

15.

# Berasa riak dan bangga diri

# Menunjuk kehebatan diri


Pernyataan di atas adalah contoh

a)

Syirik

b)

Kufur

c)

Khurafat

16.

# Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya

# Hidup bebas tanpa peraturan agama


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh

a)

Syirik

b)

Murtad

c)

Mulhid

17.

Berikut adalah perkara yang merosakkan aqidah melalui perbuatan kecuali

a)

Menghina al-Quran

b)

Menyertai upacara agama lain

c)

Memakai lambang mana-mana agama

d)

Menziarahi kawan yang beragama Hindu

18.

Iman dari sudut bahasa juga mengandungi makna berikut kecuali

a)

ketenangan

b)

rasa penuh percaya

c)

ada rasa takut dan bimbang

d)

tiada keresahan dan kegelisahan jiwa