wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM 2020 PI K1 KEDAH

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Akidah seseorang mukmin itu boleh terbatal dengan cara

a)

Menziarahi tempat ajaran sesat

b)

Memohon hajat di kubur keramat

c)

Melawat rumah ibadat agama lain

d)

Menghadiri pengebumian orang bukan Islam

2.

Berikut ialah akibat perbuatan syirik jali KECUALI

a)

rosak akidah

b)

berdosa besar

c)

menjadi murtad

d)

mendapat azab di akhirat

3.

Beriktikad bahawa :

• Semua agama adalah sama

• Nabi Isa a.s mati disalib


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri ajaran sesat ________

a)

Bahai

b)

Taslim

c)

Qadyani

d)

Anti Hadis

4.

Antara hikmah diharamkan qazaf ialah _________

a)

menjamin kesihatan fizikal

b)

menjamin hubungan sosial yang baik

c)

menggalakkan sifat suka berterus terang

d)

menggalakkan sifat suka tolong-menolong

5.

• Sejenis bahan yang mengkhayalkan

• Membawa kepada kehancuran umat dan negara


Pernyataan di atas merujuk kepada ____________.

a)

Arak

b)

Rokok

c)

Dadah

d)

Tembakau

6.

Pilih pernyataan yang PALING TEPAT mengenai kesan perbuatan riddah.


I. Membazirkan masa,tenaga dan harta

II. Menyekat akal berfikir secara logik

III. Hubungan suami isteri terfasakh

IV. Haram menerima harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Pernyataan berikut adalah nama lain bagi Ahli Sunnah Waljamaah KECUALI

a)

As-Salaf as-Soleh

b)

Ahlul Hadis

c)

Al-Jamaah

d)

Ahlul Bait

8.

Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah

a)

selepas mengerjakan saie

b)

selepas melakukan tawaf rukun

c)

selepas bermalam di Muzdalifah

d)

selepas melontar di Jamrah al-Aqabah

9.

Manakah yang berikut merupakan sunat haji?


I. Memakai pakaian ihram selain putih

II. Keluar ke tempat saie melalui pintu Marwah

III. Membanyakkan ucapan tahmid,zikir dan doa

IV. Sembahyang sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Antara yang berikut,yang manakah BUKAN syarat rujuk bagi isteri?

a)

beragama Islam

b)

masih dalam iddah

c)

berkemahuan sendiri

d)

bukan dijatuhkan talak tiga

11.

• Menyambung keturunan

• Membela anak yatim

• Mengelak daripada maksiat


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah __________

a)

Fasakh

b)

Poligami

c)

Hadhanah

d)

Perkahwinan

12.

• Pembatalan perkahwinan

• Pemberian atau tuntutan harta sepencarian

• Wasiat atau pemberian ketika hampir mati


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah iaitu

a)

bidang Kuasa Mal

b)

bidang kuasa Jenayah

c)

kuasa Mahkamah Rendah

d)

kuasa Mahkamah Rayuan

13.

Berikut merupakan kebaikan saham KECUALI

a)

Meningkatkan ekonomi Negara

b)

Menambah pendapatan individu

c)

Mengukuhkan kewangan sesebuah syarikat

d)

Memberi perlindungan ke atas risiko kerugian harta

14.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor kejatuhan kerajaan bani Umaiyah?

a)

Penentangan rakyat terhadap pemerintah

b)

Pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam

c)

Pemerintah meminta campur tangan luar

d)

Pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab

15.

¤ Cukai ini dikenakan sepuluh peratus daripada hasil perdagangan yang diperolehi daripada negeri luar.


Kenyataan di atas adalah mengenai

a)

Usyur

b)

Jizyah

c)

Al-Fai'

d)

Ghanimah

16.

Ibnu Khaldun pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam negara iaitu


I. Duta Tunisia

II. Mufti Granada

III. Ketua Hakim di Mesir

IV. Perdana Menteri Bougie

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

• Menghasilkan kitab al- Fikh al-Akbar

• Ulama pertama menyusun kitab fikah mengikut bab dan fasal


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan ________

a)

Imam Malik

b)

Imam as-Syafie

c)

Imam Abu Hanifah

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

18.

Berikut adalah berhias diri yang dibenarkan oleh Islam KECUALI

a)

bersugi setiap kali solat

b)

memakai perhiasan ketika perkahwinan

c)

memakai wangian yang berlebihan bagi wanita

d)

memakai sutera bagi lelaki yang berpenyakit kulit

19.

Antara yang berikut yang manakah adab berzikir

a)

Merasa kehebatan Allah SWT

b)

Berzikir ketika qada' hajat

c)

Menggunakan suara yang nyaring

d)

Perbanyakkan zikir dalam semua suasana

20.

Antara yang berikut manakah benar tentang perbezaan gadaian secara Islam dan secara bukan Islam?

a)

Gadaian Islam : Tetap menjadi hak pembeli asal

Gadaian Bukan Islam : Barang tidak lupus jika tidak ditebus

b)

Gadaian Islam : Nilai barang dan upah

Gadaian Bukan Islam : Nilai barang termasuk faedah

c)

Gadaian Islam : Membantu meringankan kesusahan

Gadaian Bukan Islam : Menguntungkan kerana adanya faedah

d)

Gadaian Islam : Mengembangkan ekonomi Islam

Gadaian Bukan Islam : Memudahkan memperoleh rezeki