wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3: TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN

Total questions: 15

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan

peningkatan suhu badan kecuali

a)

senaman yang cergas.

b)

jangkitan oleh patogen

c)

berendam di dalam air.

d)

persekitaran yang panas melampau./

2.

Antara termometer berikut, yang manakah biasanya digunakan untuk menyukat suhu badan bayi?

a)

Termometer inframerah telinga

b)

Termometer inframerah dahi

c)

Termometer rektal (digital)

d)

Termometer klinkal

3.

Berapakah suhu badan normal?

a)

35.9'C

b)

36.9'C

c)

37.9'C

d)

38.9'C

4.

Apakah kepentingan suhu badan yang normal?

a)

Menjadikan badan kita sihat

b)

Mengelakkan kita daripada serangan kanser berbahaya

c)

Memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum

d)

Memastikan badan kita tidak tercedera

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah yang betul ketika menggunakan termometer klinik?

a)

Pastikan suhu termometer berada di bawah 35'C sebelum digunakan

b)

Letakkan termometer pada dahi

c)

Termometer hendaklah diletakkan selama kira-kira 10 minit padi mana-mana bahagian badan

d)

Ketika mengambil bacaan suhu, pastikan termometer dikibas-kibas sehingga bacaan suhu turun

6.

Mengapakah termometer makmal tidak sesual digunakan untuk menyukat suhu badan?

a)

Termometer makmal terlalu panjang

b)

Termometer makmal mudah pecah

c)

Termometer makmal tiada bahagian pencerutan

d)

Termometer makmal susah dikendalikan

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

Makan makanan pedas

b)

Keletihan

c)

Jangkitan bakteria

d)

Tidak cukup tidur

8.

Suhu badan juga boleh kurang daripada normal. Apakah masalah yang boleh disebabkan oleh suhu badan yang kurang?

a)

Badan berpeluh dengan banyak

b)

Maut

c)

Bibir kering dan kebiruan

d)

Kurang selera makan

9.

Antara berikut, yang manakah tidak mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Berat badan

d)

Aktiviti fizikal

10.

Apakah alat yang digunakan untuk

mengukur tekanan darah manusia?

a)

Dosimeter

b)

Stetoskop

c)

Mikrometer

d)

Sfigmomanometer

11.

Rajah menunjukkan titik nadi pada badan manusia. Namakan titik nadi berlabel X

a)

Karotid

b)

Temporal

c)

Pedis dorsal

d)

Tibialis posterior

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kadar denyutan nadi manusia dalam keadaan rehat?

a)

Kadar denyutan nadi perempuan lebih rendah berbanding dengan lelaki

b)

Kadar denyutan nadi orang yang sihat lebih cepat berbanding dengan pesakit

c)

Kadar denyutan pekerja di pejabat lebih cepat berbanding dengan tukang kebun

d)

Kadar denyutan atlet lebih rendah berbanding dengan bukan atlet

13.

Apakah unit yang digunakan Apakah unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?

a)

Milimeter merkuri

b)

Meter merkuri

c)

Kilometer merkuri

d)

Nanometer merkuri

14.

Dalam bacaan tekanan darah, nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut. Apakah nombor ini?

a)

Sistolik

b)

Diastolik

c)

Sistertolik

d)

Duostalik

15.

Apakah lndeks Jisim Badan?

a)

Ketinggian badan berbanding jisim

b)

Jisim badan berbanding ketinggian

c)

Berat badan berbanding ketinggian

d)

Tinggi bahagi berat