WorksheetsKUIZ SEJARAH BAB 7/8/9 F5
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil
Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya
Tidak memihak kepada mana-mana parti politik
Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu
Melantik pengawai pengurus pilihan raya
Dasar sosial berikut memberi sumbangan kepada Malaysia
- Dasar Bahasa Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Apakah sumbangan dasar tersebut ?
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mewujudkan perpaduan kaum
Menjamin kecemerlangan negara
Membina masyarakat berdaya saing
Kedua-dua blok berikut muncul selepas Perang Dunia Kedua.
- Blok Komunis
- Blok Kapitalis
Mengapakah negara-negara Dunia Ketiga tidak menyertai blok tersebut
Mematuhi piagam PBB
Menganggotai kuasa Berikat
Menghadapi konflik dalaman
Mengamalkan sikap berkecuali
Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip Asean
Zon Bebas, Aman dan Berkecuali (ZOPFAN)
Apakah kepentingannyaa ?
Mengukuhkan pertahanan
Mengekalkan keamanan negara
Memantapkan hubungan luar
Mengekalkan sistem beraja
Aminah telah berusia 21 tahun dan ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihanraya umum.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Aminah untuk melayakkan dia menjadi pengundi
Menyertai kempen parti
Merangka memorandum
Mendaftar sebagai pemilih
Menggangotai parti politik
Ali merupakan seorang petani muda. Dia menghadapi masalah dalam memasarkan hasil pertaniannya.
Apakah agensi yang dapat membantu Ali ?
MARDI
FELDA
FAMA
RIDA
Maklumat berikut berkaitan badan perundangan di negara kita.
-Dewan Rakyat
-Dewan Negara
Apakah persamaan Dewan tersebut ?
Tempoh masa berkhidmat
Dilantik oleh Yang Dipertuan Agong
Ahlinya boleh dilantik sebagai menteri
Pemilihan ahli melalui pilihan raya
Bagaimanakah suruhanjaya Pilihan raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus
Menyediakan jadual waktu berkempen bagi calon
Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
Membenarkan pengundi berdaftar sahaja yang layak mengundi
Melarang pemerhati dari negara luar memantau pengundian
Senarai berikut merujuk kepada lambang-lambang negara ?
- Jata Negara
-Jalur Gemilang
-Lagu Kebangsaan
Apakah tujuan lambang tersebut diadakan ?
Mengukuhkan pentadbiran negara
Mengukuhkan perpaduan bangsa
Menjadikan negara mudah dikenali
Memperkenalkan negara kepada dunia
Mengapakah sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan pada tahun 1965 ?
Meningkatkan minat murid dalam akademik
Memperkenalkan sekolah vokasional
Menambah bilangan sekolah teknik
Melahirkan tenaga kerja mahir
Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam sistem pemerintahan di Malaysia ?
Melantik jemaah menteri
Menggubal undang-undang
Menentukan kesahihan undang-undang
Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi-institusi berikut ?
- Dewan Bahasa dan Pustaka
- UniversitI Kebangsaan Malaysia
Meningkatkan kadar celik huruf
Mengalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasa kedudukan Bahasa Melayu
Mengapakah buku merah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Kedua ?
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan negara
Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
Memantau pengurusan kewangan negara
Memeriksa tahap kesihatan penduduk
Antara langkah kerajaan untuk memajukan bahasa melayu adalah dengan
i. melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
ii. menggunakan Bahasa Melayu di peringkat prasekolah
iii. menggalakkan mahkamah menggunakan Bahasa Melayu
iv. menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sistem tersebut ?
Yang di-Pertuan Agong menggubal perlembagaan
Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran
Badan kehakiman merangka undang-undang
Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara
Apakah syarat untuk menjadi ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia ?
Menang dalam pilihan raya
Aktif dalam pertubuhan politik
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Cemerlang dalam perkhidmatan awam
Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR).
Apakah fungsi suruhanjaya tersebut ?
i. memilih calon
ii.menubuhkan parti
iii.mendaftar pemilih
iv. menetapkan sempadan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai ?
i. Merapatkan jurang pendapatan
ii. Membuka kawasan pertanian baru
iii. Menyediakan kemudahan pinjaman
iv. Menamatkan kutipan cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tindakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menilai pelaksanaan program Rancangan Malaya Kedua ?
Memperkenalkan buku merah
Menubuhkan Majlis Amanah Rakyat
Merangka Pelan Induk Perindustrian
Melaksanakan Dasar Pertanian Negara
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 ?
i. Membasmi kemiskinan
ii. Menyusun semula masyarakat
iii. Menyeragamkan sistem kewangan
iv. Menyekat kemasukan imigran
i dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 ?
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkabn perang tersebut ?
Perancis bersekutu dengan Austria
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Pearl Harbour diserang
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919 ?
Memupuk keamanan dunia
Mengeratkan hubungan perdagangan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Perjanjian Versailess menamatkan Perang Dunia Pertama. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Jerman ?
Keahlian dalam liga bangsa ditamatkan
Pemulihan sistem monarki
Keluasan empayar berkurangan
Perkongsian sumber tenaga dengan negara lain
Mengapakah Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan banyak wang semasa Perang Dunia Pertama?
I. Menentang dasar apartheid
II. Menghapuskan keganasan
III. Memperluas pengaruh
Iv. Menguasai pasaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
