NEW
Font size
WorksheetsKata Penegas
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
“Azman ________________ yang patut dipersalahkan kerana dia bermain bola sepak di dalam kelas,” jelas Cui Leng kepada Cikgu Hamzah.
lah
tah
kah
pun
Zana belum bangun ________________ walaupun hari sudah siang.
pun
lagi
hanya
memang
“Menyiang ikan pun tak pandai, apa ________________ lagi untuk memasak gulai ikan,” adu Mak Cik Riani kepada jirannya.
tah
kah
lah
hanya
Sikap Dusilawati ________________ patut dipuji kerana sudi menderma kesemua wang simpanannya untuk mangsa tsunami di Jepun.
juga
hanya
sahaja
memang
Selepas makan, ayah ________________ duduk di atas sofa sambil menonton siaran televisyen kegemarannya.
tah
pun
juga
hanya
Laila ________________ mampu berpaut pada sebatang kayu apabila dihanyut oleh arus sungai yang deras.
lagi
hanya
sahaja
memang
“Pandai ________________ cucuku ini,” bisik hati Pak Cik Yahya apabila melihat cucu lelakinya itu berjaya menjatuhkan setandan kelapa dari atas pokok.
kah
juga
sahaja
memang
Jolan dan Ganesh berdiam diri ________________ apabila dimarahi oleh Cikgu Fong kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
tah
lah
pun
sahaja
“Siapa ________________ lelaki yang berpakaian warna biru itu?” Tanya Firdaus kepada adiknya sambil menunjuk ke arah jarinya kepada lelaki itu.
tah
kah
jua
hanya
Cikgu Halimah amat disanjungi oleh para pelajarnya kerana dia sentiasa bersedia untuk menolong para pelajarnya menghadapi apa-apa ________________ masalah.
jua
lagi
hanya
memang
