WorksheetsKuiz TUZEN Pendidikan Islam SPM
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
KEPERCAYAAN DAN PERBUATAN KARUT YANG BERTENTANGAN DENGAN KONSEP TAUHID DAN SYARIAH ISLAM.
Pernyataan di atas merujuk kepada..
sihir
nifak
syirik
khurafat
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Pernyataan di atas merupakan prinsip akidah _____________.
Ahli Sunnah Waljamaah
Syiah Imamiyyah
Syiah Zaidiyyah
Syiah Batiniah
Antara berikut, yang manakah syarat-syarat taubat? Pilih ketiga-tiga jawapan yang betul.
Berhenti melakukan maksiat dengan segera.
Berusaha memperbanyakkan amal ibadah.
Menyesal terhadap maksiat yang telah dilakukan.
Berazam tidak mengulangi maksiat yang dilakukan.
Berikut adalah akibat perbuatan zina kecuali
Mendapat kemurkaan dan bala Allah SWT
Masyarakat bergembira sesama sendiri
Berlaku pelbagai jenis kegiatan jenayah
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
Pilih pernyataan yang benar mengenai daging sembelihan akikah.
Sunat dihidang untuk jamuan
Makruh dimasak secara manis
Haram diberikan kepada orang kafir
Wajib disedekahkan kepada fakir miskin
Hubungan jenis antara perempuan dengan perempuan.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian (a) .
Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangan.
Hukum perkahwinan di atas ialah _____________.
makruh
haram
wajib
sunat
Berikut adalah larangan semasa idah bagi wanita kematian suami kecuali
Berhias diri
Berkahwin
Bekerja
Bertunang
Antara hasil karya falsafah Prof Dr HAMKA ialah _________________.
Laila Majnun
Lembaga hidup
Revolusi Agama
Di Bawah Lembayung Kaabah
Berikut adalah tokoh yang mengetengahkan idea islah al-Jamiah al-Islamiah
Ibnu Khaldun
Syeikh Tahir Jalaluddin
Syeikh Muhammad Abduh
Syed Jamaluddin al-Afghani
Berikut bukan adab menjaga orang sakit daripada aspek rohani.
membantu pesakit menunaikan kewajipan seperti solat
mengingatkan supaya sentiasa mengingati Allah
memahami keperitannya menanggung kesakitan
memberi peringatan bahawa sakit ujian Allah
Hukum memberi hutang dalam Islam pada asalnya ialah
makruh
harus
wajib
sunat
Bandar yang menjadi pusat perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah ialah
Andalusia
Kota Basrah
Kota Makkah
Kota Baghdad
- Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan
- Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan Islam
- Menyebarkan ilmu yang bermanfaat
Pernyataan di atas merujuk kepada jihad
menghapus kezaliman
melawan syaitan
memperbaiki diri
melawan orang kafir
Berikut adalah garis panduan cara-cara memuliakan Rasulullah SAW
I mengasihi para sahabat Rasulullah
II beriltizam dengan sunnah Rasulullah
III menggantung gambar Kaabah di dinding
IV berusaha menjejaki kesan sejarah Rasulullah
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
