Font size
WorksheetsSistem Bahasa Tingkatan 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud peribahasa biar putih tulang jangan putih mata?
Menyimpan rahsia dengan baik.
Melakukan pekerjaan sehingga selesai.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
Sanggup mati daripada menyerah kalah.
Antara berikut, peribahasa manakah berkaitan pengagihan yang sama banyak?
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Ibarat telur sesangkak, sebiji pecah, pecah semua.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Pilih maksud bagi peribahasa seperti rusa masuk kampung.
seseorang yang baik budi pekertinya
Seseorang yang penakut.
seseorang yang bijak menyesuaikan dirinya di mana-mana tempat.
Seseorang yang tercengang-cengang apabila tiba di tempat baharu.
Apakah maksud bagi peribahasa diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat?
seseorang yang berkuasa dan bijak.
seseorang yang pendiam dan berakal lebih baik daripada yang pendiam tetapi kurang bijak.
seseorang yang cekal menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.
seseorang yang bijak mengawal perasaan dalam pelbagai situasi.
Pilih peribahasa yang menggambarkan gambar tersebut. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.
Membaca jambatan ilmu
Ilmu pelita hidup
Membaca menambah ilmu
Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan
Gambar tersebut merupakan gambar promosi jualan murah.
Peribahasa yang paling sesuai dengan gambar tersebut ialah
sudah terhantuk baru terngadah
berat hati
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ada gula ada semut
Tandakan peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.
bagai cincin dengan permata
bagai isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
bagai kacang lupakan kulit
Peribahasa yang paling sesuai dengan gambar tersebut ialah
memerah otak
mencari jalan
ringan tangan
memerah keringat
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Pak Uda telah meninggalkan kampung kerana perselisihan faham dengan ayah. Kepulangan Pak Uda adalah untuk meminta maaf daripada ayah. Ayah yang memang keras kepala akhirnya memaafkan adik kesayangannya itu.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali
air dicencang tidak akan putus.
buang yang keruh, ambil yang jernih.
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Mak Kiah dan keluarga dipulaukan oleh penduduk kampung kerana kemiskinan. Walau bagaimanapun, Mak Kiah yang telah biasa dengan keadaan itu hanya berdiam diri kerana enggan mencetuskan sebarang masalah dengan penduduk kampung.
Peribahasa yang sesuai dengan keadaan ini ialah
alah bisa tegal biasa
habis akal, baru tawakal
bertanjak baharu tinjau
jangan bermain di air keruh
