WorksheetsPENJODOH BILANGAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Di halaman rumah Pak Ahmad ada _______ pasir.
sebutir
sebiji
selonggok
sebidang
Ameera membawa beberapa ___________ anggur semasa berkunjung ke rumah datuk.
lembar
gugus
gumpal
ikat
Halim membeli beberapa ___________ nasi lemak di gerai itu.
senduk
sudu
bungkus
beg
Puan Ramlah menghampar se____________ tikar mengkuang di bawah pokok.
buah
sikat
bidang
bentuk
Emak memasukkan se___________ garam ke dalam sup yang dimasaknya.
bungkus
cubit
senduk
mangkuk
Ibu membeli dua ___________ kek coklat untuk saya dan kakak.
buku
sikat
gugus
potong
Kelihatan beberapa _______________ burung berterbangan di angkasa.
kumpulan
gumpal
kawan
gugus
Ayah memanjat pokok untuk memetik beberapa __________ buah langsat
ikat
ekor
biji
gugus
Mak limah menjual beberapa ____________ sayur sawi di gerai sayurnya.
utas
urat
ikat
gugus
Abu membeli se__________ pisang dari pasar tani.
sisir
biji
butir
batang
Emak membaca se___________ majalah di ruang tamu.
buah
lembar
keping
naskah
Pei Pei pergi ke perpustakaan untuk meminjam se_________ buku rujukan.
biji
batang
buah
bilah
Encik Hanafi mempunyai se___________ tanah yang luasnya 30 hektar di kampung itu.
bakul
buah
bidang
deret
Se____________ lembu ternakan meragut rumput di padang.
pasukan
kawan
urat
gumpal
Siew Ming mengambil beberapa ____________ gambar semasa lawatan ke Pulau Pinang.
keping
timbun
papan
rawan
