NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa: Kata Ganti Nama
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.
ia
dia
beliau
baginda
Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul
Dia, Kami, Kita
Mereka, Beliau, Baginda
Saya, Kami, Beta
Baginda, Dia, Kalian
"Ibu, duit __________ hilang,"kata Amin kepada ibunya.
kita
kami
saya
dia
Malihah dan Haziqah bersahabat baik. ______________ tinggal sekampung
Dia
Mereka
Kami
Kamu
Anis seorang anak yang berdikari. _______ melakukan semua kerja dengan sendiri
Beliau
Dia
Mereka
Saya
"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.
saya
kamu
kita
kalian
"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Siti pada petang nanti" kata David kepada Siva.
Saya
Beta
Patik
Kami
Bahrin seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 5 Arif.
Beliau
Patik
Saya
Dia
"Mengapakah ________ tidak mengikuti perkhemahan di Bukit Lagong?" tanya Natalia kepada Guang Fong.
kita
kami
kamu
saya
"Semasa tersesat di dalam hutan, _____________ hanya minum air sungai untuk menghilangkan dahaga," kata peserta itu kepada pemberita.
dia
saya
baginda
kalian
" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.
Kita
Kami
Kalian
Mereka
"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Farisya kepada kakaknya.
mereka
kalian
kami
kita
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
itu
sini
sana
mana
Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
sana
ini
sini
"Nah, ambil buku......dan letak di dalam perpustakaan" kata Alya kepada Elyas.
ini
itu
sini
situ
Fadlin pergi ke Johor Bharu. Beliau ada urusan di........
itu
sini
sana
mana
"Cuaca di ....... sungguh sejuk" kata Airis sambil menahan kesejukan.
ini
sini
situ
mana
"Yasir, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja ......" kata Qif kepada Yasir.
sana
situ
itu
ini
"Hari ...... kami akan melawat ke kilang membuat kertas" kata Umar kepada Khalis.
ini
itu
sini
situ
....... lah rumah Umairah. Mari kita pergi ke ...........
Ini.... sini
Situ..... itu
Ini...... sana
Itu...... situ
Eimran mengajak kami ke dusun rambutannya. Kami akan ke ....... pada cuti sekolah minggu hadapan.
sana
situ
itu
ini
"Jangan letak kenderaan di ......." kata pengawal keselamatan itu.
ini
itu
sini
sana
