wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 AKIDAH : ISLAM AGAMA FITRAH

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih amalan yang bukan termasuk dalam fitrah semulajadi manusia

a)

Manusia ingin menyembah sesuatu

b)

Manusia ingin hidup aman damai

c)

Manusia inginkan perlindungan

d)

Manusia cenderung untuk berperang

2.

Berikut adalah bukti bahawa manusia memerlukan agama kecuali ........

a)

Mencari tuhan apabila kesusahan

b)

Merasa tenang apabila susah

c)

Wujudnya rumah-rumah ibadah

d)

Teringat tuhan apabila kesedihan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan tiada Tuhan selain Allah?

a)

Allah Maha Berkuasa

b)

Allah mentadbir alam ini

c)

Hanyak Allah yang layak disembah

d)

Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

4.

Fitrah berasal daripada perkataan فطر. Apakah maksud perkataan ini?

a)

Semulajadi

b)

Menjadi-jadi

c)

Kejadian

d)

Kemenjadian

5.

Pilih tujuan Allah menetapkan peraturan dalam syariat Islam

i. sebagai batasan

ii. untuk menyusahkan

iii. sebagai umpan

iv. sebagai panduan

a)

i dan iii

b)

i dan ii

c)

ii dan iv

d)

i dan iv

6.

Yang manakah antara berikut bukan larangan Allah terhadap hambaNya?

a)

Perzinaan

b)

Perkahwinan

c)

Perjudian

d)

Pergaduhan

7.

"Untuk menghindarkan penindasan dalam amalan jual beli sesama manusia"

Pernyataan di atas adalah sesuai dengan tujuan pengharaman ..........

a)

Sumbang mahram

b)

Amalan perjudian

c)

Minum arak

d)

Amalan riba

8.

Berikut adalah ciri-ciri Islam sebagai agama fitrah kecuali ......

a)

Bersumberkan wahyu Allah

b)

Lengkap dan memenuhi keperluan

c)

Sesuai diamalkan oleh bangsa tertentu

d)

Sesuai diamalkan sepanjang zaman

9.

Apakah kesan amalan orang yang tidak menerima Islam sebagai panduan?

a)

Jiwa menjadi tenang

b)

Amalan tidak akan diterima Allah

c)

Allah redha dengan pilihan mereka

d)

Mendapat ganjaran pahala

10.

Islam mementingkan kesejahteraan (X) dan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Apakah (X) dalam pernyataan di atas?

a)

Jasmani

b)

Akal

c)

Anggota

d)

Ahli keluarga

11.

.......... kejadian manusia mengakui keperluan beragama

a)

Kehendak

b)

Fitrah

c)

Asal

d)

Tabiat

12.

Agama Islam ..... dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada

Allah SWT

a)

betul

b)

tepat

c)

sepatutnya

d)

sesuai

13.

Suasana pembesaran dan didikan yang salah oleh ...... menyebabkan perubahan daripada fitrah yang asal

a)

guru

b)

ibu bapa

c)

saudara

d)

rakan

14.

Allah SWT melarang berzina untuk menjaga ......... keturunan tetapi membenarkan perkahwinan

a)

nama

b)

imej

c)

nasab

d)

kedudukan

15.

Antara berikut yang manakah dilarang oleh Allah SWT setelah mewajibkan zakat serta menggalakkan amalan sedekah

a)

Judi

b)

Hadiah

c)

Wakaf

d)

Rasuah

16.

Allah SWT membuat pengakuan dalam al-Quran bahawa hanya Islam agama yang ..... dan diredhai

a)

kuat

b)

benar

c)

jujur

d)

amanah

17.

Ajaran Islam bersumberkan al-Quran dan ..........

a)

para wali

b)

pengalaman

c)

hadis

d)

sejarah

18.

......... merujuk kepada agama yang sesuai di amalkan oleh semua bangsa dan budaya

a)

Rabbaniyyah

b)

Syumuliyyah

c)

'Alamiyyah

d)

Ukhrawiyyah

19.

Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT, iaitu daripada al-Quran dan hadis. Pernyataan ini merujuk kepada .....

a)

Rabbaniyyah

b)

Syumuliyyah

c)

'Alamiyyah

d)

Ukhrawiyyah

20.

Berikut merupakan ciri-ciri Islam sebagai agama fitrah

a)

Waq'iyyah

b)

Ukhrawiyyah

c)

Uthmaniyyah

d)

'Alamiyyah