wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu tahun 4 ( Kata Nama Am Konkrit)

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Bapa Akmal sedang mendirikan ________________ di suatu kawasan lapang di Pantai Morib.

a)

khemah

b)

rumah

c)

banglo

d)

pondok

2.

Amir berbaring di kerusi santai sambil membaca__________________.

a)

buku cerita

b)

dairi

c)

majalah

d)

surat khabar

3.

Kakak menolong ibu menyiang ______________________ yang dibeli dari pasar tani tadi.

a)

ikan

b)

ketam

c)

udang

d)

daging

4.

Dahlia bermain buaian yang digantung pada _____________ pokok berhampiran rumahnya.

a)

ranting

b)

batang

c)

dahan

d)

banir

5.

Ibu menjerang air di dalam _______________ yang diambil dari sungai yang berdekatan.

a)

cawan

b)

cerek

c)

periuk

d)

kuali

6.

Aisyah duduk di gigi air membiarkan tubuhnya dibelai desiran ______________________.

a)

laut

b)

pantai

c)

ombak

d)

sungai

7.

Adik Luqman sedang asyik menonton televisyen di ________________ rumahnya.

a)

ruang makan

b)

ruang tamu

c)

ruang dapur

d)

ruang luar

8.

Keluarga Suzie menginap di ______________ semasa bercuti di Langkawi.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

9.

Ayah membuat ____________ kambing di belakang rumah semalam.

a)

lubuk

b)

reban

c)

sangkar

d)

kandang

10.

Pak Hamid mengambil air dari __________________________ kerana ketiadaan air paip.

a)

paya

b)

kolam

c)

kolah

d)

perigi

11.

Ibu Maisarah menuang air teh ke dalam _____________.

a)

piring

b)

cawan

c)

pinggan

d)

mangkuk

12.

Abang hafiz melilit ________________ sebelum ke masjid untuk bersolat.

a)

selendang

b)

turban

c)

serban

d)

bengkung

13.

____________ Fadil berasa lenguh setelah menyertai aktiviti mendaki gunung.

a)

Kaki

b)

Badan

c)

Kepala

d)

Tangan

14.

Mereka menggunakan ______________ untuk menyusuri sungai sambil menikmati keindahan alam.

a)

buluh

b)

rakit

c)

rumah

d)

sangkar

15.

"Pak Zainal menggunakan ______________ untuk menebang sebatang pokok nangka yang berdekatan rumahnya," kata Azizul kepada anaknya.

a)

gergaji

b)

kapak

c)

tukul

d)

pisau