WorksheetsInteraksi Antara Hidupan Tahun 6
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Apakah yang dimaksudkan dengan "interaksi antara hidupan"?
Kebolehan hidupan melindungi diri daripada musuh
Perhubungan aktif antara hidupan yang bergantung antara satu sama lain
Pemindahan tenaga antara hidupan melalui siratan makanan
Kebolehan hidupan mengekalkan spesiesnya
Maksud Interspesies ialah
interaksi antara spesies yang berlainan
interaksi antara spesies yang sama
Maksud Intraspesies ialah
interaksi antara spesies yang berlainan
interaksi antara spesies yang sama
Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk ........
kerjasama atau persaingan
kerjasama
persaingan
persaingan atau pergaduhan
Haiwan melakukan interaksi untuk mendapatkan semua yang berikut kecuali
makanan
pasangan
tempat perlindungan
nutrien
Maklumat di bawah menunjukkan beberapa spesies haiwan yang ada di dalam sebuah habitat.
Harimau, Rusa, Dubuk dan Helang
Haiwan yang manakah akan bersaing untuk mendapatkan makanan?
Harimau dan rusa
Dubuk dan helang
Harimau dan dubuk
Helang dan rusa
Rajah menunjukkan dua ekor rusa jantan bersaing untuk mendapatkan rusa betina.
Apakah bentuk persaingan tersebut?
Interspesis
Intraspesis
Komensalisme
Mutualisme
Manakah antara yang berikut benar tentang persaingan interspesies?
Beberapa ekor anak ayam berebutkan seekor cacing
Beberapa ekor ikan dalam akuarium berebut mendapatkan makanan
Harimau dan singa berebutkan kawasan berburu
Kucing jantan dan kucing betina berebut mendapatkan seekor ikan
"Helang dan ular bersaing untuk mendapatkan makanan yang terhad."
Pilih jenis interaksi yang betul.
Interspesies.
Intraspesies.
"Lebah bekerjasama membina sarangnya."
Pilih jenis interaksi yang betul.
Interspesies.
Intraspesies.
Apakah yang ditunjukkan oleh aktiviti didalam gambar tersebut
Pembiakan haiwan
Kepupusan haiwan
Benda hidup melindungi spesisnya
Interaksi antara benda hidup
Berikut adalah faktor persaingan haiwan Interspesies KECUALI
air
tempat tinggal
makanan
pasangan
Berdasarkan gambar, apakah interaksi yang berlaku?
interaksi interspesies
interaksi intraspesies
interaksi intelektual
interaksi informal
Antelop dan babun hidup dalam satu habitat yang sama. Antelop mempunyai deria pendengaran dan bau yang baik. Manakala babun mempunyai deria penglihatan yang sangat baik. Berdasarkan ciri-ciri di atas, interaksi yang terbentuk ialah?
persaingan
perebutan kawasan
keselamatan spesies
kerjasama
Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai persaingan?
Persaingan hanya berlaku dalam kalangan haiwan.
Persaingan hanya berlaku pada spesies yang berlainan.
Persaingan hanya berlaku dalam spesies yang sama.
Persaingan dalam kalangan benda hidup berlaku kerana sumber yang terhad.
