wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Persediaan SPM 2611/1

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kegunaan alat dalam gambar rajah di atas?

a)

meratakan permukaan kayu

b)

menghasilkan jalinan kayu

c)

menghasilkan ukiran

d)

menguatkan kayu

2.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan catat teknik impasto?

a)

cat air bercampur minyak linsid dan disapu dengan pisau palit di atas kertas

b)

cat akrilik dicairkan dengan tupertin dan disapu dengan berus di atas kanvas

c)

cat minyak bercampur dengan air dan disapu dengan berus di atas kanvas

d)

cat minyak dari tiub disapu dengan pisau palit di atas kanvas

3.

Perahu nelayan Kelantan dan Terengganu gemar dihiaskan Bangau. Apakah fungsi Bangau?


I Melambangkan pangkat nelayan

II Bahagian perahu yang dipegang untuk menariknya ke darat

III Tempat berehat semasa di laut

IV Tempat mengikat apabila perahu berlabuh

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Siapakah pelukis yang menghasilkan karya Umpan dalam gambar rajah di atas?

a)

Syed Ahmad Jamal

b)

Peter Harris

c)

Abdullah Ariff

d)

Cheong Laitong

5.

Tujuan bingkai catan yang digantung pada dinding putih berwarna gelap adalah untuk

a)

menimbulkan harmoni

b)

menimbulkan kesatuan

c)

menimbulkan penegasan

d)

menimbulkan kepelbagaian

6.

Antara berikut, warna yang manakah memberi perasaan panas?


I Merah

II Putih

III Kuning

IV Biru

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi tumbuh-tumbuhan dalam gambar rajah di atas, kecuali

a)

mengurangkan pencemaran

b)

menambahkan bilangan pokok

c)

menutup pandangan lalu lintas

d)

mengelak hakisan tanah

8.

Mengapakah arca yang dihasilkan mempunyai tapak sebagaimana gambar rajah di atas?

a)

Arca lebih berat

b)

Arca lebih stabil

c)

Arca lebih tinggi

d)

Arca lebih cantik

9.

Gambar rajah di atas menunjukkan ilustrasi Menara Berkembar Petronas. Apakah jenis lukisan perspektif tersebut?

a)

Satu titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

tiga titik lenyap

d)

empat titik lenyap

10.

Gambar rajah di atas merupakan sebuah taman rekreasi hutan lipur. Pengunjung yang sukar dikesan adalah mereka yang berpakaian

a)

biru

b)

hijau

c)

merah

d)

kuning

11.

Apakah yang dilambangkan oleh kepala gasing

a)

kemahiran

b)

jiwa

c)

akal

d)

kaum

12.

Gambar rajah di atas merupakan maskot Malaysia dalam satu kejohanan sukan antarabangsa di Kuching, Sarawak pada 9 April 2017. Apakah pertandingan tersebut?

a)

Kejohanan Sukan Sea

b)

Kejohanan Renang Malaysia Terbuka

c)

Kejohanan Badminton Malaysia Terbuka

d)

Kejohanan Bola Sepak Malaysia Terbuka

13.

> Kain putih diikat kemudian dicelup dalam pewarna

> ikatan akan menentukan corak yang dihasilkan


Maklumat di atas merujuk kepada

a)

batik blok

b)

batik capan

c)

batik canting

d)

batik pelangi

14.

Antara langkah yang berikut, yang manakah merupakan proses ukiran kayu yang betul?


I Mengikir dan melurut bahagian kayu

II Mengukir permukaan kayu

III Menggerudi bahagian yang hendak ditebuk

IV Melukis corak di atas kayu

a)

I, II, IV, dan III

b)

II, III, I dan IV

c)

IV, II, III dan I

d)

IV, III, I dan II

15.

Antara yang berikut, warna yang manakah merupakan hasil campuran warna-warna asas?

a)

Biru, ungu dan jingga

b)

Merah, hijau dan ungu

c)

Jingga, hijau dan ungu

d)

kuning, jingga dan hijau

16.

Pahlawan Iban yang pulang daripada pertarungan akan disambut dengan memakai kain

a)

Pua

b)

Tubau

c)

Rungus

d)

Jipo Bayuh

17.

Berikut merupakan jenis-jenis kain tenunan di tanah air kita kecuali,

a)

kain mogah

b)

kain rungus

c)

kain pua

d)

kain sutera

18.

Apakah tujuan tanah liat ditekan dan dihempas berulang kali di atas meja ketika menguli

a)

tanah liat semakin keras dan licin

b)

tanah liat semakin licin dan padat

c)

tanah liat bertambah liat dan lekat

d)

tanah liat berkurangan lembap dan kesat

19.

Apakah teknik catan yang menggunakan pita pelekat semasa berkarya untuk menghasilkan sudut dan sisi imej yang jitu?

a)

kolaj

b)

campuran

c)

Hard edge

d)

Alla prima

20.

karya catan di atas merupakan aliran surealisme yang bermaksud

a)

minda berada dalam sedar

b)

minda berada di atas sedar

c)

minda berada di bawah sedar

d)

minda berada dalam kegelapan

21.

Gambar rajah di atas menunjukkan proses untuk menghasilkan batik

a)

terap

b)

canting

c)

ikat celup

d)

skrin

22.

Apakah nama tembikar yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

a)

Labu leper

b)

Labu lepap

c)

Labu panai

d)

Labu pucung

23.

Apakah jenis wau dalam gambar rajah di atas?

a)

wau rama-rama

b)

wau burung

c)

wau langit

d)

wau bulan

24.

Teknik catan ialah


I basah atas basah

II basah atas kering

III kering atas basah

IV teknik titik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

25.

Apakah ciri-ciri logo yang baik?

a)

halus dan berwarna-warni

b)

canggih, moden dan menarik

c)

ringkas, tepat, dan mudah dikenali

d)

kecil, berupa geometri, dan sewarna