wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TINGKATAN 3 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Kepentingan pengurusan mental dan emosi adalah untuk?

a)

suka-suka

b)

tidak berpanjangan

c)

menjadikan seseorang itu lebih positif

d)

menambahkan masalah

2.

Antara berikut yang manakah Tindakan Negatif?

a)
b)
c)
d)
3.

Berikut adalah antara faktor-faktor yang menjadi punca kemarahan

a)

Kecaman rakan

b)

Berpindah rumah atau sekolah

c)

Ketagihan gajet

d)

Semua di atas

4.

Cara Mengawal Kemarahan yang betul adalah seperti berikut kecuali ....

a)

Apabila anda merasakan tahap kemarahan semakin meningkat, anda perlu mencari orang lain untuk melepaskan kemarahan

b)

Tinggalkan perkara yang mencetuskan kemarahan. Kembali semula apabila anda sudah tenang dan bersedia untuk menghadapinya.

c)

Mendapatkan bantuan kaunselor atau ahli psikologi terlatih dalam bidang kesihatan mental dan emosi.

5.

_________________ ialah letih,

lapar, tiada kawalan dalam urusan harian, terancam, kecewa dan tidak dapat meluahkan

perasaan.

a)

Punca kemarahan

b)

Faktor malas

c)

Punca pergaduhan

d)

Faktir sakit

6.

Berikut adalah antara faktor-faktor yang menjadi punca kemarahan, kecuali

a)

Kekecewaan

b)

Perasaan bersalah

c)

Takut tersingkir

d)

Ketagihan makanan manis

7.

Masalah kulit seperti ekzema merupakan

a)

punca kemarahan

b)

kesan kemarahan

8.

Perubahan fizikal yang berlaku semasa mengalami kemarahan ialah

a)

memaki

b)

terkilan

c)

berpeluh

d)

Cemburu

9.

Kesan ketagihan dan penyalahgunaan dadah merupakan salah satu punca kemarahan.

a)

Benar

b)

Palsu

10.

Berfikir sebelum bercakap merupakan salah satu cara untuk mengawal kemarahan.

a)

Benar

b)

Plasu

11.

Mengira bilangan satu hingga 100, minum air, berjalan dan menarik nafas yang panjang beberapa kali, merupakan beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan marah anda.

Penyataan tersebut merujuk kepada

a)

Tinggalkan punca kemarahan

b)

Berhenti melakukan sebarang aktiviti

c)

Berfikir sebelum

bercakap

d)

Cuba bertenang

12.

Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...

a)

Lalai dan tidak patuh ajaran agama

b)

Kurang tidur dan tidak berselera makan

c)

Sentiasa berfikiran negatif

d)

Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat

13.

Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?

a)

Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain

b)

Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing

c)

Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin

d)

Memarahinya kembali

14.

Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?

a)

Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya

b)

Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda

c)

Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu

d)

Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian

15.

Thor adalah seorang atlet rumah sukan yang aktif dan sentiasa bersikap ceria di sekolah. Pada suatu hari, anda mendapat tahu bahawa dia ingin lari dari rumahnya kerana dirinya stress dan menceritakan niatnya kepada anda.


Apakah jalan penyelesaian yang kamu boleh cadangkan kepada Thor?

a)

Mencadangkan agar dia tinggal di rumah kamu

b)

Membantu dirinya lari daripada rumah dengan memberikan sedikit wang

c)

Menyarankan dirinya agar menceritakan masalah kepada guru kaunseling

d)

Menasihati dirnya ala kadar kerana kamu tahu dia hanya meluahkan rasa sahaja

16.

Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?

a)

Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia

b)

Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi

17.

Berikut adalah faedah-faedah memahami emosi kecuali

a)

tidak berkeyakinan diri

b)

meningkatkan daya tahan diri

c)

meningkatkan penampilan diri

d)

mempengaruhi tingkah laku

18.

Bagaimanakah cara menangani masalah emosi ?

a)

memotivasikan emosi negatif

b)

memupuk pergaulan yang sihat

c)

menjalinkan hubungan secara rambang

d)

mewujudkan persekitaran yang tidak sihat

19.

Apakah implikasi yang akan menjejaskan kesihatan diri apabila beremosi?

a)

menjadi cergas

b)

mengalami sakit kepala

c)

mempunyai selera yang tinggi

d)

tidak mengalami masalah

20.

Apakah reaksi kamu apabila mendapat penghargaan sebagai pelajar yang cemerlang?

a)

menangis

b)

benci

c)

kecewa

d)

gembira

21.

Situasi 1:


Seorang murid sering menjadi mangsa buli. Dia selalu diejek dan dipukul oleh rakan kelasnya.


Nyatakan perasaan yang dialami oleh pelajar tersebut?

a)

Takut

b)

Marah

c)

Gembira

d)

Sedih

22.

Apakah perubahan yang berlaku pada badan ketika marah?

a)

Kekejangan

b)

Bertenang

c)

Jantung berdegup laju

d)

Tidak merasai apa-apa

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

a)

Gerak badan serta nada suara seseorang semasa bertindak balas terhadap kejayaan

b)

Suatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada perasaan dalaman seseorang

c)

Suatu perasaan yang ditunjukkan semasa kesedihan atau mengalami kegagalan

d)

Suatu ekspresi wajah yang menunjukkan perasaan seseorang

24.

Antara berikut yang manakah cara mengawal perasaan yang berkesan?

a)

mementingkan perasaan diri sendiri

b)

meluangkan masa untuk melepak

c)

meluahkan perasaan dengan cara yang sewajarnya

d)

memastikan tidak menghidap sebarang penyakit

25.

Situasi 1:


"Ayah menegur Raimy supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya kerana prestasi Raimy semakin merosot"


Apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh Raimy setelah ditegur oleh ayahnya?

a)

mengendahkan kata-kata ayahnya

b)

menggeluarkan kata-kata kesat terhadap ayahnya

c)

meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengubah nasib diri

d)

meminta maaf dan berjanji untuk mengubah sikap serta lebih fokus terhadap pelajarannya