Font size
WorksheetsPentaksiran Sejarah
Total questions: 20
Worksheet time: 39mins
Apakah peranan sultan dalam negeri pemerintannya?
Ketua hakim
Ketua pentadbir
Penggubal undang-undang
Lambang kedaulatan negeri
Dimanakah sistem pemerintahan berikut dilaksanakan?
Sabah
Sarawak
Kelantan
Negeri Sembilan
Apakah yang dipelajari oleh kanak-kanak melalui pendidikan tidak formal di Sarawak?
Sistem Jawi
Teknik mengarang
Kepercayaan etnik
Membaca al-Quran
Dimanakah kanak-kanak golongan petani dapat dapat mengikuti pelajaran al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab dalam masyarakat Melayu tradisional?
Istana
Madrasah
Rumah kebajikan
Sekolah Pondok
Mengapakah Kepulauan Melayu penting bagi syarikat perdagangan Barat?
Terjalin hubungan diplomatik
Menjalankan perdagangan entrepot
Menggunakan bahasa Melayu secara meluas
Membekalkan barang dagangan untuk negara China
Mengapakah kuasa Eropah berlumba-lumba untuk meluaskan tanah jajahan di Timur selepas RevolusiPerindustrian?
mencari pasaran baharu
Mendapatkan bahan mentah
mengembangkan idea revolusi
mendatangani perjanjian perdagangan
Apakkah kesan perkembangan industri mengetin makanan di Amerika Syarikat terhadap negeri-negeri melayu?
permintaan bijih timah meningkat
Bilangan kilang mengetin bertambah
taraf hidup masyarakat semakin baik
perdagangan import eksport meningkat
Kuasa Barat yang manakah berusaha bertapak di Terengganu?
Rusia
Belanda
Perancis
Amerika Syarikat
Mengapakah Belanda mengadakan pakatan dengan Johor pada tahun 1641?
menguasai Singapura
Menyekat kemaraan British
Mengusir Portugis dari Melaka
Memajukan perdagangan Johor
Bagaimanakah British berjaya menduduki Pulau Pinang?
Ugutan
Pakatan
Manipulasi
Tipu Helah
Mengapakah lokasi Pulau Pinang disifatkan sebagai strategik?
Berhampitan dengan India
Terletak di kawasan pertanian utama
Berperanan sebagai pelabuhan bebas
Berada di pertengahan laluan perdagangan Timur dan Barat
Mengapakah Sultan Mahammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan daripada ketenteraan SHTI?
Ancaman Siam
Ancaman Bugis
Membanteras lanun
Mengambil balik Pulau Pinang
Bagaimanakah Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang?
Desakan
Manipulasi
Tipu Helah
Serangan Senjata
Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?
Tiada perjanjian ditandatangani
Menyokong tindakan Francis Light
Utamakan hubungan dengan Siam
Merancang untuk menghapuskan Kedah
Mengapakah British berusaha mendapatkan pelabuhan baharu di Singapura?
Memajukan perdagangan
Pulau Pinang hilang kesesuaian
Bersaing dengan Belanda
Singapura sebagai pusat pengumpulan
Apakah peristiwa yang dimanipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan beliau menduduki Singapura?
Lokasi Singapura
Kemerosotan Johor
Kelemahan Belanda
Pewarisan takhta Johor
Mengapakah Belanda menamatkan pertikaian dengan British meskipun membantah pendudukan British di Singapura?
Dasar persahatan di Eropah
Berkongsi kekayaan dengan British
Bersetuju memecahkkan Empayar Johor
Tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon
Selain memperoleh Melaka daripada Belanda, apakah kejayaan yang dicapai oleh British melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824?
Menguasai Selat Melaka
Menguasai Empayar Johor
Melemahkan perdagangan Belanda
Meluaskan pengaruh ke Kepulauan Indonesia
Siapakah yang mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau Pinang?
Residen
Gabenor
Residen Jeneral
Pesuruhjaya British
Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan Britsh di London. Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan pemindahan tersebut?
Tanah jajahan India
Tanah jajahan British
Negeri naungan British
Negeri-negeri merdeka
