wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[PQS T4] AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Al-Quran bererti ............ .

a)

Bacaan

b)

Bacalah

c)

Membaca

2.

Kata "Al-Quran" adalah berbentuk masdar (kata dasar) mengikut wazan ............. .

a)

إفْعَالٌ

b)

فُعْلَانٌ

c)

مَقرُوءٌ

3.

Al-Quran ialah .............. Allah yang mempunyai ................, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril, dalam bahasa Arab, diriwayatkan kepada kita secara mutawatir.

a)

Kitab, kelebihan

b)

Kalam, rahmat

c)

Kalam, mukjizat

4.

Mukjizat berasal daripada kalimah أعْجَزَ yang membawa maksud ............. .

a)

mukjizat

b)

anugerah

c)

melemahkan

5.

Yang manakah antara berikut merupakan pengertian mukjizat dari segi istilah?

a)

Perkara luar biasa yang mengikut adat kebiasaan manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebagai bukti akan kebenaran risalah mereka kepada umat manusia.

b)

Perkara luar biasa yang menyalahi adat kebiasaan manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebagai bukti akan kebenaran risalah mereka kepada umat manusia.

c)

Perkara biasa yang menurut adat kebiasaan manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebagai bukti akan kebenaran risalah mereka kepada umat manusia.

6.

Pilih kenyataan yang betul tentang mukjizat al-Quran.

a)

Al-Quran adalah mukjizat anugerah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghadapi orang Arab jahiliah.

b)

Al-Quran diturunkan untuk melemahkan orang Arab jahiliah.

c)

Al-Quran diturunkan untuk mencabar orang Arab jahiliah yang terkenal dengan ketinggian bahasa Arab.

d)

Al-Quran diturunkan untuk meruntuhkan keegoan masyarakat Arab yang merasakan mereka mampu menandingi al-Quran.

7.

Perkataan الوحي merupakan kata nama terbitan daripada kalimah ......... .

a)

وَحَى

b)

وَحْيٌ

c)

وَحْيُو

8.

Wahyu menunjukkan dua pengertian dasar, iaitu

a)

tersembunyi

b)

wahyu Allah

c)

cepat

d)

Kalam Allah

9.

Pengertian wahyu menurut bahasa meliputi perkara-perkara berikut, KECUALI

a)

Ilham semulajadi bagi seseorang manusia.

b)

Perasaan naluri pada binatang.

c)

Isyarat yang cepat melalui rumus dan kod serta simbolik kepada seseorang.

d)

Bisikan malaikat kepada manusia.

10.

Ayat tersebut menunjukkan wahyu Allah kepada ......... .

a)

lebah

b)

Malaikat

c)

Nabi

d)

Ibu Nabi Musa

11.

Al-Quran diturunkan selama .......... .

a)

40 tahun

b)

63 tahun

c)

23 tahun

d)

45 tahun

12.

Pada zaman Rasulullah SAW, pengumpulan al-Quran terbahagi kepada 2 bentuk, iaitu

a)

bentuk hafazan.

b)

bentuk penulisan.

c)

bentuk lukisan

13.

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat akan menghafaz setiap ayat yang diturunkan kerana

a)

mereka terkenal dengan daya ingatan yang kuat.

b)

tabiat mereka sukakan hafalan.

c)

mereka suka berlumba-lumba untuk menghafal.

14.

Para sahabat RA menulis ayat-ayat al-Quran pada

a)

batu

b)

kulit binatang

c)

pelepah kelapa

d)

tulang unta

e)

tulang biri-biri

15.

Siapakah sahabat-sahabat yang terkenal sebagai penulis al-Quran?

a)

Umar Bin Al-Khattab

b)

Utsman bin Affan

c)

Muawiyah bin Abi Sufyan

d)

Zaid bin Tsabit

e)

Anas bin Malik

16.

Apakah peperangan yang berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, yang menyebabkan seramai 70 orang qurra' mati syahid?

a)

Peperangan Al-Yamamah

b)

Peperangan Khandaq

c)

Peperangan Badar

17.

Siapakah sahabat Nabi yang mencadangkan agar al-Quran dibukukan?

a)

Zaid bin Tsabit

b)

Uthman bin Affan

c)

Umar bin Al-Khattab

18.

Siapakah sahabat Nabi yang dilantik oleh Khalifah Abu Bakar untuk mengetuai pengumpulan al-Quran?

a)

Saidina Zaid bin Tsabit

b)

Saidina Khalid bin Al-Walid

c)

Saidina Ubai Bin Ka'ab

19.

Pilih susunan yang betul bagi sahabat-sahabat yang menyimpan mushaf al-Quran setelah selesai dikumpulkan.

a)

Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Utsman bin Affan

b)

Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Saidatina Hafsah

c)

Umar Al-Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Talib

20.

Apakah keadaan yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Utsman bin Affan sehingga beliau membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyalin semula al-Quran?

a)

Penyebaran agama Islam bertambah luas.

b)

Penduduk di wilayah-wilayah Islam mempelajari qiraat yang berbeza-beza.

c)

Naskhah al-Quran penduduk di wilayah-wilayah Islam berbeza-beza.

d)

Penduduk di wilayah Islam bercakap dalam bahasa berbeza-beza.

21.

Siapakah yang mencadangkan agar Khalifah Utsman bin Affan membentuk jawatankuasa penyalinan semula al-Quran?

a)

Saidina Huzaifah bin Al-Yaman

b)

Saidina Ali bin Abi Talib

c)

Saidina Abdullah bin Az-Zubair

22.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa penyalinan al-Quran yang dibentuk oleh Khalifah Utsman bin Affan?

a)

Menyeragamkan tulisan al-Quran dalam bahasa Quraisy.

b)

Menyalin al-Quran ke dalam beberapa mushaf.

c)

Membakar semua lembaran al-Quran yang telah ditulis sebelum pembentukan jawatankuasa penyalinan semula al-Quran.

23.

Apakah perkembangan penulisan al-Quran yang berlaku pada zaman Abdul Malik Bin Marwan?

a)

Penambahan baris.

b)

Pembaharuan tulisan yang lebih cantik.

c)

Penambahan titik.

24.

Siapakah yang mengasaskan penandaan baris pada setiap kata dalam al-Quran?

a)

Huzaifah bin Al-Yaman

b)

Abu Al-Aswad Ad-Duali

25.

Yang manakah antara berikut merupakan keistimewaan al-Quran berbanding kitab-kitab samawi yang lain?

a)

Mudah dihafaz oleh sesiapa sahaja.

b)

Mendapat jaminan terpelihara hingga ke hari kiamat.

c)

Diturunkan dalam bahasa Arab berbanding kitab-kitab samawi yang lain.

d)

Mencakupi hanya sesetengah perkara dalam kehidupan.