wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ISTILAH DALAM SPM

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Orang yang keluar daripada agama Islam seperti orang yang menolak hukum al-Quran

a)

MURTAD

b)

MUNAFIK

2.

Orang yang menzahirkan keislaman tetapi hakikatnya kufur

a)

MUNAFIK

b)

MUSYRIK

3.

Mereka yang menyekutukan Allah pada perbuatan, perkataan dan iktikad

a)

MUNAFIK

b)

MUSYRIK

4.

Petunjuk / anugerah Allah kepada seseorang ke jalan yang diredhai Allah

a)

HIDAYAH

b)

KHUSYUK DALAM SOLAT

5.

Menyekutukan Allah dengan makhluk secara terang-terangan

a)

SYIRIK JALI

b)

SYIRIK KHAFI

6.

Menyekutukan Allah dengan secara tersembunyi atau tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

a)

SYIRIK JALI

b)

SYIRIK KHAFI

7.

Berpaling atau keluar daripada agama Islam

a)

RIDDAH

b)

KHURAFAT

8.

Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep akidah dan syariat Islam. Ia hanya dianggap berhubung kait dengan Islam

a)

RIDDAH

b)

KHURAFAT

9.

Satu ilmu atau perbuatan secara halus dengan pertolongan makhluk ghaib untuk mengeliru dan memudaratkan orang lain

a)

SIHIR

b)

NIFAQ

10.

Balasan buruk kerana tidak patuh kepada

perintah Allah S.W.T.

a)

DOSA

b)

PAHALA

11.

Tidak bercakap benar atau memalsukan maklumat dan fakta yang menyusahkan orang lain

a)

MENIPU

b)

BERBOHONG

12.

Melakukan sesuatu untuk mendapatkan faedah dengan merugikan orang lain

a)

MENIPU

b)

BERBOHONG

13.

Menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan dan melukai hati apabila dilakukan di hadapannya

a)

MENGUMPAT

b)

MEMFITNAH

14.

Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

a)

MUSAHAQAH

b)

LIWAT

15.

Menziarahi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa denga syarat-syaratnya

a)

UMRAH

b)

HAJI

16.

Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu

a)

HAJI

b)

UMRAH

17.

Berjalan berulang-alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali dan dilakukan selepas tawaf

a)

SAIE

b)

MELONTAR JAMRAH

18.

Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah

a)

HAJI IFRAD

b)

HAJI TAMATTUK

19.

Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji, kemudian diikuti dengan mengerjakan haji pada tahun itu

a)

HAJI TAMATTUK

b)

HAJI QIRAN

20.

HAJI QIRAN IALAH ________

a)

Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji, kemudian diikuti dengan mengerjakan haji pada tahun itu

b)

Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serenta

21.

QURBAN IALAH _________________________

a)

Menyembelih binatang ternakan pada hari raya Aidil Adha pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat kepada Allah

b)

Penyembelihan binatang ternakan yang sah dijadikan qurban sempena mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

22.

Menukar sesuatu barang oleh penjual kepada pembeli dengan barang mengikut cara yang tertentu

a)

JUAL BELI

b)

SEWA

23.

Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah daripada harta atau barang tertentu dengan bayaran tertentu berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak

a)

SEWA

b)

GADAIAN

24.

Harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam melalui peperangan

a)

GHANIMAH

b)

FAI'

25.

Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

a)

MAHAR MUSAMMA

b)

MAHAR MISIL

26.

Pembatalan ikatan perkahwinan oleh kadi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi pada masa akad nikah atau ada masalah yang berlaku dalam rumah tangga

a)

FASAKH

b)

IDDAH

27.

(tebus talak) yang dikaitkan dengan bayaran tertentu

a)

KHULUK

b)

NUSYUZ

28.

Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungannya

a)

ANAK ANGKAT

b)

HADHANAH

29.

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah S.A.W. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bida’ah

a)

AHSI SUNNAH WAL JAMAAH

b)

SYIAH BATINNIAH

30.

Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota

a)

IMAN

b)

IHSAN