wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TEORI SPM KERTAS 1

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri bentuk ialah


I. mempunyai warna, jalinan, rupa 3D, dan isi padu

II. bersifat padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan

III. wujud dalam ruang dan mempunyai titik perspektif

IV. mempunyai ton terang dan ton gelap

a)

I, II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Jalinan didefinisikan sebagai

a)

kesan, corak, ukiran atau garisan, anyaman, dan sebagainya yang boleh dilihat

b)

kesan corak dan warna pada permukaan sesuatu objek

c)

kesan-kesan di permukaan sesuatu objek

d)

objek yang dapat dirasai permukaannya

3.

Fungsi utama penegasan yang perlu ada dalam karya poster adalah untuk

a)

menarik perhatian orang

b)

mencantikkan sesuatu objek

c)

mengimbangkan sesebuah lukisan

d)

menampalkan jenama pada sejenis barangan

4.

Lukisan perspektif saling berkait dengan fahaman

a)

warna

b)

rupa

c)

bentuk

d)

ruang

5.

Proses membuat jalinan pada kain batik yang tidak memerlukan penggunaan lilin ialah

a)

batik terap

b)

batik pelangi

c)

batik canting

d)

batik lukis/ tulis

6.

Mengapakah kain direbus dahulu sebelum proses menerap dan mengecap batik dilakukan?

a)

menanggalkan kanji pada kain

b)

menceriakan warna apabila kain dicap

c)

menghilangkan kekotoran yang ada pada kain

d)

membunuh bakteria yang boleh merosakkan kain

7.

mencelup kain dimulakan dengan

a)

warna yang paling terang dan diakhiri dengan warna yang paling gelap

b)

mengecap blok yang berwarna pada kain berulang kali

c)

warna yang paling gelap akan diakhiri dengan warna yang paling terang

d)

mencelup lilin pada sarang blok

8.

Apakah kegunaan perspektif dalam sesebuah karya?

a)

mencantikkan gubahan

b)

menimbulkan ilusi ruang

c)

menimbulkan kepelbagaian

d)

menimbulkan keharmonian

9.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik lukisan?

a)

teknik lorekan

b)

teknik impasto

c)

teknik gosokan

d)

teknik titik-titik

10.

Imbangan simetri merujuk kepada satu keadaan, iaitu

a)

ciri di satu bahagian lebih besar

b)

ciri di kedua-dua bahagian sama

c)

ciri di kedua-dua bahagian tidak sama

d)

ciri di kedua-dua bahagian hampir-hampir sama

11.

Seni arca yang menggabungkan catan dan arca dinamakan

a)

mobail

b)

stabil

c)

asemblaj

d)

arca binaan

12.

Berikut pilih teknik-teknik penghasilan tembikar


I. Teknik picit

II. Teknik slab/kepingan

III. Teknik lempar alin

IV. Teknik lingkaran

V. Teknik acuan

a)

I, II dan IV

b)

I, II, III dan IV

c)

II, III, IV dan V

d)

I, II, III, IV, dan V

13.

Antara berikut, yang manakah diperlukan untuk mengelakkan warna batik luntur?

a)

Soda ash

b)

Sodium silikat

c)

Ammonia

d)

Damar

14.

Reka bentuk grafik ialah

a)

bidang seni berkaitan komunikasi visual

b)

kategori lukisan estatik

c)

pembentukan dan penyusunan muka taip

d)

gambaran ilustrasi

15.

Tiga warna pada Jalur Gemilang dikategorikan sebagai

a)

warna asas

b)

warna patriotik

c)

warna bertindak

d)

warna komplimentari

16.

Pending berfungsi sebagai

a)

hiasan kancing baju

b)

pengancing dan kepala tali pinggang

c)

hiasan penutup dahi

d)

pelapik dada

17.

Rekaan poster dalam rajah di atas boleh dikategorikan sebagai

a)

perkhidmatan awam

b)

iklan dan promosi

c)

hiburan

d)

ekspo dan pameran

18.

Rekaan dalam rajah di atas boleh dikaitkan dengan


I. reka bentuk cetakan iklan dan komunikasi

II. catan seni Pop dalam seni halus

III. poster iklan dan promosi

IV. ilustrasi penerbitan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III, dan IV

19.

Jenis ruang yang digunakan dalam lukisan bentuk di atas ialah

a)

ruang konkrit

b)

ruang maya

c)

ruang grafik

d)

ruang positif

20.

Berikut merupakan rupa organik dalam bentuk negatif

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I, II dan III

21.

Bahagian penting yang membentuk ragam hias pada tekatan ialah

a)

kelarai

b)

mempulur

c)

irasan

d)

gegantang

22.

Panai adalah antara ciri-ciri hiasan yang terdapat pada labu tembikar. Hiasan panai ni terletak di bahagian

a)

bibir

b)

kepah

c)

lebar

d)

badan

23.

Cahaya pelangi yang berwarna-warni dan kadang-kadang kelihatan melengkung di udara merupakan warna

a)

sewarna

b)

tertier

c)

harmoni

d)

penggenap

24.

Antara yang berikut, yang manakah unsur terpenting bagi perwujudan identiti korporat

a)

logo syarikat

b)

bangunan syarikat

c)

hasil pengeluaran syarikat

d)

pembungkusan hasil pengeluaran

25.

Alat dan media ini kurang sesuai digunakan untuk mengaplikasikan teknik titik-titik dalam proses menggubah sesuatu lukisan. Antara berikut, yang manakah merujuk alat dan media tersebut

a)

pen teknikal

b)

pensel

c)

berus dan dakwat

d)

arang

26.

Pelukis tempatan ini sering menyampaikan mesej beliau melalui gambar alam kanak-kanak

a)

Dzulkifli Buyong

b)

Ismail Mustam

c)

Abdul Latif Mohidin

d)

Zulkifli Mohd Dahlan

27.

Seni teknik arca yang boleh bergerak, berputar dan berombak dikenali sebagai

a)

arca binaan

b)

arca stabil

c)

arca timbulan

d)

arca mobail

28.

Mengapakah ruang makan tidak memerlukan perabot hiasan yang keterlaluan?

a)

supaya mudah dikemas

b)

kerana ruang ini bukan ruang tempat menerima tetamu

c)

supaya lebih perhatian dapat ditumpukan kepada ruang lain

d)

kerana ruang ini hanya digunakan pada waktu makan sahaja

29.

Apakah tujuan mencampurkan soda ash dalam air semasa merebus kain batik yang telah dicelup dengan pewarna?

a)

membersihkan kain

b)

mengekalkan warna kain

c)

menanggalkan kesan lilin pada kain

d)

mengelakkan warna kain daripada luntur

30.

Apakah fungsi alat di atas

a)

Melilit benang

b)

menjahit benang

c)

Penengak kain dasar semasa kain ditekat

d)

Memotong benang dan corak pada permukaan mempulur