WorksheetsKuiz Pendidikan Islam Tahun 3-Hadis
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud hadis?
Semua perkara yang disandarkan kepada Malaikat Jibril
Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Isa A.S
Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Musa A.S
Hadis ialah sumber hukum yang __________ selepas Al-Quran.
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Hadis berfungsi untuk _______________ hukum secara terperinci.
membacakan
menuliskan
menjelaskan
Daripada Ibnu Abbas berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak ____________ orang yang lebih muda dan tidak ____________orang yang lebih tua".
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
membenci .... merendahkan
mengasihi .... memuliakan
Apakah adab menghormati orang tua?
Tidak mendengar nasihat mereka
Memanggil mereka dengan panggilan tidak sopan
Hanya melihat mereka mengangkat barang yang berat
Sopan santun dalam berbicara
Pilih adab mengasihi orang muda
Menunjuk contoh teladan yang tidak baik
Melihat mereka dengan penuh kasih sayang
Menasihati mereka dengan kata-kata kesat
Berbicara dengan nada yang tinggi
Apabila kita mengasihi orang yang lebih muda, kita akan .....
dipandang rendah oleh masyarakat
disakiti oleh mereka
dicemuh dan dihina
disayangi dan dihormati
Kesan menghormati orang yang lebih tua ialah ...........
kehidupan masyarakat lebih harmoni
memperoleh kegelisahan jiwa
dibenci Allah dan Rasulullah
kehidupan tidak diberkati
Yang manakah daripada berikut adab menghormati orang yang tua dan mengasihi orang yang lebih muda?
Bermasam muka dan menyombong.
Tunjuk contoh teladan yang baik
Menasihati dengan kata-kata yang baik
Saling membenci antara satu sama lain.
Yang manakah daripada berikut BUKAN adab menghormati orang yang tua dan mengasihi orang yang lebih muda?
Melihat mereka dengan penuh kasih sayang.
Mewujudkan hubungan yang baik
Sentiasa menyuruh membuat kerja
Bercakap dengan bahasa yang kasar.
Yang manakah daripada berikut kesan mengasihi orang yang lebih muda?
Keluarga akan hancur.
Sering mementingkan diri sendiri
Disayangi dan dihormati.
Yang manakah daripada berikut BUKAN kesan mengasihi orang yang lebih muda?
Keluarga hidup bahagia.
Keluarga akan hancur.
Masyarakat akan hidup aman.
Hadis merupakan sumber hukum kedua selepas al-Quran.
Betul
Salah
Segala yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran merupakan Hadis.
Betul
Salah
Perbuatan Nabi Muhammad juga salah satu perkara daripada hadis
Betul
Salah
Orang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
Betul
Salah
Bermasam muka merupakan contoh adab mengasihi orang muda.
Betul
Salah
Bercakap dengan bahasa yang baik merupakan adab menghormati orang yang lebih tua.
Betul
Salah
Membenci anak muda merupakan adab mengasihi orang yang lebih muda.
Betul
Salah
Melihat mereka dengan penuh kasih sayang merupakan adab mengasihi orang yang lebih muda.
Betul
Salah
