WorksheetsKata Ganti Nama
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
itu
sini
sana
mana
Nah, ambil wang _______! kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
ini
sini
situ
Duduklah di _______ yang awak suka.
mana
siapa
mana-mana
siapa-siapa
Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
sana
ini
sini
Peragut rantai emas itu diberkas oleh polis pagi tadi. __________akan dipenjarakan selama tiga tahun.
Dia
Beliau
Kalian
Saya
Siti makan bekalan yang dibawa dari rumah___________.
kamu
nya
anda
mereka
" Segala titah perintah___________akan patik laksanakan dengan baik,"kata Laksamana Hang Lekiu kepada Sultan Ahmad Syah.
baginda
beliau
kalian
tuanku
Cikgu Dino ialah pengetua sekolah saya._______________akan bersara pada minggu hadapan.
Baginda
Kalian
Dia
Beliau
Sultan Sulaiman bergaul mesra dengan rakyat jelata._____________disanjungi tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.
Tuanku
Baginda
Beliau
Kalian
Encik Amin sentiasa menggalakkan anak-anaknya agar menceburi bidang sukan yang digemari oleh ___________________.
dia
kita
mereka
kami
Walaupun Hana Azzalea anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.
dia
baginda
beliau
mereka
"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.
Kita
Anda
Kamu
Engkau
Keenam-enam orang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. __________________ akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kita
Mereka
Beliau
Kami
Siti, Mimi dan Dini bermain bersama-sama kerana ________ tinggal berjiran.
mereka
dia
kalian
saya
'Adakah ini pensel ________? tanya Alya kepada Khadijah.
kamu
saya
dia
mereka
'___________ hendak ke mana?, tanya Iziyad kepada kawan-kawannya.
Kalian
Kamu
Awak
Engkau
" _____________hendak ke mana?" tanya Adil kepada pemuda itu.
Dia
Awak
Baginda
Saya
____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Perlis pada minggu hadapan.
Saya
Beta
Tuanku
Awak
________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Saya
Awak
Kita
Mereka
"_____ berjanji akan memastikan rakyat negara ini hidup dalam aman dan makmur" titah Yang Dipertuan Agong.
Baginda
Beta
Hamba
Patik
