NEW
Font size
WorksheetsKuiz Peribahasa
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Kehidupannya di syarikat itu tidak menentu kerana ada kalanya senang ada kalanya susah; bergantung kepada kes-kes yang dikendalinya. Maklumlah, ____________.
alah bisa tegal biasa
hilang adat tegal muafakat
seperti anak ayam kehilangan ibu
air pun ada pasang surutnya
Farid sentiasa mendengar nasihat yang baik daripada ketuanya, Encik Fouzi bak kata pepatah ____________.
bagai menelan mestika embun
biar putih tulang, jangan putih mata
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
____________, Farid dan ahli kumpulannya yang lain mula berpecah-belah kerana telah kehilangan pemimpin yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab itu
bagai hujan jatuh ke pasir
seperti anak ayam kehilangan ibu
berani kerana benar, takut kerana salah
hilang adat tegal muafakat
Encik Fouzi kekal tenang kerana dia berpendapat bahawa ____________. Dia bukan sahaja tahu bahawa dia tidak membuat apa-apa kesalahan malahan dia sedia untuk memberikan kerjasamanya kepada pihak polis.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berani kerana benar, takut kerana salah
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
biar putih tulang, jangan putih mata
Aliff dan Aufa telah bersepakat untuk mengambil telefon bimbit Ryan sebagai pengajaran kepadanya kerana sering membuat kacau dalam kelas. Namun Aufa berpendapat perkara tersebut tidak akan terjadi jika dia seorang sahaja yang mulakan bak pepatah ______________.
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
Cikgu Mirrah menasihati Aufa bahawa bercakap sembarangan dan tidak berhati-hati boleh membawa akibat yang buruk ibarat ______________.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
Cikgu Mirrah memberitahu bahawa setiap perbuatan yang salah akan menerima balasan yang setimpal kerana ______________.
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
genggam bara api biar sampai jadi arang
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Sebagai manusia, mereka memang tidak lari daripada membuat kesilapan seperti ______________.
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
genggam bara api biar sampai jadi arang
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
Disebabkan sikap Aufa yang tidak bertanggungjawab, dia juga dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah. Berapa tinggi jawatan yang dipegangnya, disebabkan sikapnya yang buruk itu, akhirnya hilang juga seperti kata pepatah ______________.
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Baru-baru ini, Eddy telah diberhentikan kerja. Mujurlah isterinya memahami keadaannya dan tidak mendesak. Malah, isterinya memberikan kata-kata semangat kepada Eddy yang sedang marah atas pemecatannya itu bak kata pepatah __________.
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
melentur buluh biarlah dari rebung
Walaupun sudah tidak bekerja, Eddy tetap berusaha dengan bekerja sambilan sebagai seorang pemandu teksi kerana dia tidak mahu membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah ibarat __________.
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
membuang garam ke laut
Eddy dan isteri bertekad untuk sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan umpama __________.
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
melentur buluh biarlah dari rebung
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
Eddy memang pandai menggunakan masa dengan sebaik-baiknya seperti __________ dengan menghadiri kursus-kursus untuk meningkatkan dirinya.
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
Mereka yakin satu hari nanti mereka pasti akan berjaya dengan usaha yang gigih kerana __________. Memang tidak sia-sia usaha Eddy selama ini. Perniagaannya sangat maju sehingga dia mampu membuka kilang menghasilkan epok-epok.
baik membawa resmi ayam betina
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
