wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JAGA DIRI SIHAT EMOSI ( 3 adnin)

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya orang lain menyentuh anggota seksual kita?

a)

Memberitahu kawan

b)

Melaporkan kepada guru / ibu bapa / polis.

c)

Memberitahu kepada pengawas

2.

Anggota seksual bagi murid perempuan ialah?

a)

Punggung dan dubur sahaja

b)

Punggung, dubur, bibir dan payu dara sahaja.

c)

Punggung, dubur, bibir, payu dara dan faraj sahaja.

d)

Punggung, dubur, bibir, payu dara dan zakar sahaja.

3.

Ketika berada di Supermarket, Hafiz ingin membeli sepasang baju dan seluar yang baharu. Tetapi Hafiz perlu mencuba terlebih dahulu baju dan seluar tersebut supaya tidak tersalah memilih saiz yang sesuai untuknya.


Apakah tindakan yang harus Hafiz lakukan bagi menjaga kehormatan anggota seksualnya?

a)

Menanggal baju dan seluar di hadapan orang ramai.

b)

Mencari bilik persalinan dan menutup pintu bilik tersebut untuk mencuba pakaian tersebut.

c)

Mengukur baju di badan sendiri.

4.
a)

sentuhan selamat

b)

sentuhan tidak selamat

5.

Apakah anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain?


i. pipi

ii. dada

iii. kaki

iv. punggung

v. tangan

a)

i dan v

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua sekali

6.

Individu yang tidak menjaga kebersihan anggota seksual akan

a)

ramai kawan

b)

mudah dijangkiti penyakit

c)

disenangi orang

d)

sangat yakin

7.

Antara situasi berikut yang manakah merupakan sentuhan tidak selamat?

a)

Farzana bersalam dengan ibu dan bapanya sebelum ke sekolah

b)

Afif memegang tangan Lina ketika berjalan ke kantin sekolah

c)

Cikgu Mai bersalaman dengan Cikgu Maheran ketika bertemu

d)

Fadzal bersalaman dengan Cikgu Faisal ketika ingin pulang.

8.

Sewaktu berada di pasaraya bersama ahli keluarga, Suzi ingin ke bilik air. Apakah yang dia perlu lakukan?

a)

Meminta ibu menemaninya.

b)

Meminta izin daripada ayah dan ibu, kemudian pergi bersendirian.

c)

Menahan hajat membuang air kecil sehingga sampai di rumah.

d)

Terus pergi ke tandas tanpa pengetahuan ahli keluarganya

9.

Apakah kesan buruk akibat merokok ?

Tanda semua jawapan yang betul.

a)

Terdedah kepada kanser paru-paru

b)

Nafas berbau

c)

Badan menjadi sihat

d)

Batuk dan lelah

10.

Bagaimanakah kamu menolak pelawaan merokok ?

Tanda semua jawapan yang betul.

a)

Mengambil rokok dan menyimpannya.

b)

Tunjuk isyarat tidak merokok

c)

Mengatakan tidak pada rokok

11.

Wafiy sering mengalamai batuk dan sesak nafas yang berpanjangan . Akan tetapi, Wafiy masih lagi menghisap rokok setiap hari . Bagaimanakah Wafiy akan berhenti daripada batuk dan sesak nafas ?

a)

berhenti menghisap rokok

b)

banyakkan lagi menghisap rokok

c)

meminum air coca cola sebotol

12.

Apa yang perlu kita lakukan apabila ada orang yang merokok berhampiran dengan kita?

a)

Sama-sama menghidu asap rokok.

b)

Jauhi orang yang merokok.

c)

Tumpang sekaki.

13.

Puntung rokok yang dibuang merata-rata akan menyebabkan................

a)

kebakaran.

b)

kawasan menjadi lebih menarik.

14.

Apakah bahan yang terdapat di dalam rokok, rokok daun, cerut dan paip?

a)

Tembakau

b)

Asap

15.

Nyatakan langkah menghindari perokok jika kamu dalam situasi:


* Terlihat sekumpulan murid sedang merokok

a)

Turut serta bersama kumpulan murid tersebut

b)

Laporkan kepada guru atau orang dewasa yang dipercayai