NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
Usaha untuk membina imej baik organisasi
Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan
Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi
Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi
Antara berikut manakah BUKAN peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?
Memantapkan budaya profesional
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Menguruskan sumber fizikal yang diperlukan dalam organisasi
Antara berikut manakah kepentingan pengurusan sumber manusia?
Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi
Prestasi sumber manusia tidak perlu di pantau
Tempoh perkhidmatan pekerja dapat dipendekkan
Tenaga pekerja mudah diperoleh daripada pasaran kerja
Antara berikut yang manakah akan memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan cekap?
Deskripsi tugas yang jelas
Motivasi pekerja yang tinggi
Kelayakan akademik yang tinggi
Sistem penggajian yang berkesan
Apakah kaedah untuk mengekalkan kesetiaan pekerja dalam organisasi perniagaan?
Memberikan latihan dan kemahiran
Amalan kerja yang berintegriti
Penawaran kontrak pekerja yang menarik
Tugasan yang memerlukan tahap kreativiti yang tinggi
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kepentingan pengurusan sumber manusia?
Membentuk persekitaran kerja positif
Pemantapan budaya kerja profesional
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Penggagihan pekerja secara berkesan
Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Pekerja memakai topi keselamatan apabila memasuki tapak projek
Doktor menggunakan jarum yang sama ketika menyuntik lima orang pesakit
Pemandu bas persiaran menyediakan tiga kerusi untuk penumpang tambahan
Pengusaha feri ke Pulau Perhentian menyediakan sebanyak sepuluh helai jaket keselamatan
Apakah struktur organisasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan geografi
MAklumat berikut menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan Muthu dan Samy.
Muthu - lepasan universiti
Samy - menjadi tukang paip selama 10 tahun
Apakah kelebihan Samy berbanding Muthu jika mereka memohon jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang batang paip?
Berkelayakan dalam bidang tertentu
Berpengalaman dalam industri tertentu
Berpengalaman dan berpengetahuan luas
Berkemahiran tentang produk dan perkhidmatan
Syarikat Nasional Semiconductor menghantar pekerjanya berkursus ke Jepun adalah untuk......
Meningkatkan gaji pekerja
Meningkatkan kebajikan pekerja
Meningkatkan penglibatan pekerja
Meningkatkan produktiviti pekerja
