wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ask tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

2.

Manakah antara berikut merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

a)

Reka Bentuk Atur Cara -> Pengekodan -> Analisis Masalah -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

b)

Analisis Masalah -> Pengekodan -> Reka Bentuk Atur Cara -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

c)

Analisis Masalah ->Reka Bentuk Atur Cara -> Pengekodan -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

d)

Pengujian dan Penyahpepijatan -> Pengekodan -> Reka Bentuk Atur Cara -> Analisis -> Dokumentasi

3.

Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?

a)

Pemikiran Kritis

b)

Penikiran Kreatif

c)

Pemikiran Aras Tinggi

d)

Pemikiran Komputasional

4.

Berapakah bilangan maksimum teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan dalam setiap fasa pembangunan atur cara?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

Tiada Had

5.

Pengaturcara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis Masalah

b)

Reka Bentuk Atur Cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

6.

Semasa penulisan kod arahan, pengaturcara perlu mengambil kira tentang penggunaan pembolehubah yang betul, kod arahan input, formula yang digunakan dan kod arahan output. Apakah teknik pemikiran komputasioanal yang telah digunakan?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

7.

Dalam fasa pengujian dan penyahpepijatan, jenis mesej ralat yang diterima perlu dikenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Manakah teknik pemikiran komputasional yang menunjukkan situasi ini?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

8.

Dokumen pustaka dan panduan pengguna merupakan contoh dokumen yang dihasilkan semasa fasa dokumentasi. Penghasilan dokumen ini secara tidak langsung mengaplikasi ________________________

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

9.

Penghasilan algoritma dalam bentuk pseudokod semasa fasa reka bentuk atur cara menggunakan ________________

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

10.

Pengaturcara akan memilih bahasa dan perisian pengaturcaraan serta mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis masalah

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

11.

Semasa menyediakan dokumentasi luaran, maklumat yang diperlukan oleh pengaturcara dan pengguna perlu dititik beratkan agar penggunaan ____________ adalah betul.

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik penegcaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

12.

Senarai semak boleh dihasilkan semasa fasa pengujian dan penyahpepijatan ralat bagi menunjukkan penggunaan ______________

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

13.

Berikut adalah jenis-jenis ralat yang wujud semasa pelaksanaan atur cara, kecuali....

a)

RALAT LOGIK

b)

RALAT MASA LARIAN

c)

RALAT OPERASI

d)

RALAT SINTAKS

14.

Nyatakan jenis-jenis dokumentasi yang wujud dalam fasa dokumentasi KECUALI ...

a)

DALAMAN

b)

OPERASI

c)

PUSTAKA

d)

LUARAN

15.

Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti input, proses dan ________.

a)

Output

b)

Storan

c)

Perisian

d)

Perkakasan

16.

Pernyataan manakah menerangkan dokumentasi dalaman yang betul?

a)

Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina

b)

Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengaturcara memahami aplikasi yang telah dibina.

c)

Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna

d)

Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah demi langkah

17.

Pilih aktiviti yang sering dilaksanakan dalam fasa analisis masalah semasa pembangunan atur cara.


i. Menemubual pengguna dan membuat pemerhatian keperluan pengguna.

ii. Mengenal pasti keperluan sistem pengoperasian.

iii. Mengenal pasti pengaturcaraan yang akan digunakan.

iv. Membina formula matematik untuk penyelesaian masalah.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

18.

Pada fasa rekabentuk aturcara, pengatur cara akan menulis _____________ dan melakar_______________

a)

carta alir , pseudokod

b)

pseudokod, carta alir

c)

aturcara, pseudokod

d)

bentuk atur cara , aturcara

19.

Apakah fasa kedua dalam pembangunan aturcara?

a)

Reka Bentuk Atur Cara

b)

Manual pengguna

c)

Pengitlakan

d)

Leraian

20.

luas = panjang * tinggi

perimeter = (panjang * lebar) * 2


Tentukan jenis ralat di atas.

a)

Ralat sintaks (syntax eror)

b)

Ralat masa larian (runtime eror)

c)

Ralat logik (logical eror)