Worksheetssastera panji
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah nama ratu bagi negeri Cempaka Jajar
Jenggala
Seri Inu/Sang Nata
Raden Inu
Ratu Daha
Apakah nama lain bagi Raden Puspa Kencana?
Ken Penglipur
Ken Tambohan
Ken Kembang Cina
Ken Tadahan
Pilih nama 2 orang inang pengasuh Raden Puspa Kencana
Ken Tadahan
Ken Tambohan
Ken Penglipur
Ken Kembang Cina
3 nama lain bagi Raden Inu Kertapati adalah yang berikut, KECUALI
Raden Inu
Raden Putera
Inu Bangsawan
Raden Menteri
Namakan puteri yang bakal dipinang Permaisuri untuk anakandanya Raden Ibu Kertapati.
Puteri Ratu Majapahit
Puteri Raden Penglipur
Puteri Raden Puspa Kencana
Puteri Ratu Banjar Kulon
"Tuanku, ada seekor burung burung terbang masuk ke dalam istana kita. Cubalah tangkap perlahan-lahan burung itu. Adapun burung itu seperti menyerah diri kepada tuanku"
Apakah nama burung tersebut
Serindit
Bayan
Murai
Merbah
"Hai paman! Hendaklah paman segera bukakan pintu kubah itu. Beta hendak masuk. Jika paman tidak membukakannya, jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman!"
Soalan:
Siapakah yang menuturkan dialog tersebut?
Permaisuri
Baginda Sang Nata
Raden Puspa Kencana
Raden Menteri
"Wahai tuanku, bagaimana jika diketahui bonda tuanku?"
Oh adinda janganlah berkata begitu! Kakang tiada mahu bercerai dengan adinda"
Siapakah yang menuturkan dialog tersebut.
Sang Nata kepada Permaisuri
Raden Menteri kepada Ken Tambohan
Ken Tambohan kepada Sang Nata
Ken Tambohan kepada Raden Menteri.
"Hai paman! Hendaklah paman segera bukakan pintu kubah itu. Beta hendak masuk. Jika paman tidak membukakannya, jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman!"
Soalan:
Siapakah yang menuturkan dialog tersebut?
Permaisuri
Baginda Sang Nata
Raden Puspa Kencana
Raden Menteri
Mengapakah Permaisuri tidak menyukai Ken Tambohan sebagai menantunya.
Kesemua jawapan di bawah adalah betul KECUALI;
Kerana Ken Tambohan anak celaka dan anak jarahan
Kerana Ken Tambohan puteri tawanan sebagai pembuat tembikar
Kerana Permaisuri akan meminang Puteri Banjar Kulon lagi tiga bulan.
Kerana Raden Menteri tidak meminta izin bondanya untuk berkahwin
"Aria ningsun, baik juga tuan pergi ke hutan berburu kijang dan pelanduk. Jika dapat bawa balik hidup-hidup kepada bonda"
"Baiklah bonda, sembah Raden Menteri. Patik akan mencari seperti kehendak bonda itu. Esok patik kerjakan titah Tuanku itu"
Soalan.
Kemukakan nilai yang tepat bagi petikan di atas.
Nilai bekerjasama
Nilai bertanggungjawab
Nilai kasih sayang.
Nilai kepatuhan
"Hai celaka, tidakkah engkau tahu engkau ini orang tawanan? Patutkah engkau bersuamikan raja bangsawan?"
... Kemurkaannya menyala-nyala keluar dari dalam sadanya. Ditamparnya Ken Tambohan.
Apakah teknik plot yang sesuai dalam petikan di atas?
Monolog
Kejutan
Imbas kembali
Suspens
Kemudian berkata Ken Tambohan, "wahai paman, mengapa kita ini ke mari? Adapun hari ini sudah tinggi. Adakah jauh lagi tempat kakang Raden Menteri berburu itu?"
Soalan:
Kemukakan teknik plot yang sesuai berdasarkan petikan di atas.
Suspens
Pemerian/deskripsi
Kejutan
Imbas muka
Apakah pesanan Ken Tambohan sebelum baginda dibunuh Pelebaya.
Jawapan di bawah adalah betul KECUALI;
Memulangkan cincin perkahwinan kepada Raden Menteri.
Meletakkan mayat baginda di atas rakit
Menabur bunga cempaka dan bunga angsana di atas mayatnya.
Menghayutkan rakit berisi mayat itu ke dalam sungai.
Apabila dikuak oleh Raden Menteri bunga cempaka dan bunga angsana yang ada di dalam rakit biru, alangkah terperanjatnya semua yang berada di situ.
Teknik plot di atas adalah;
Pemerian dan suspens
Pemerian dan imbas kembali
Kejutan dan suspens
Pemerian dan kejutan
Apakah hukuman yang dikenakan kepada Permaisuri dan Pelebaya selepas Sang Nata mengetahui cerita sebenar Raden Menteri membunuh diri.
Permaisuri dan Pelebaya dibunuh
Permaisuri dihalau dari istana sebagai penjaga anjing buruan, manakala Pelebaya dibunuh
Permaisuri diampuni manakala Pelebaya dibunuh
Permaisuri dipenjarakan manakala Pelebaya dibunuh.
Namakan bunga yang digunakan oleh Betara Kala untuk menghidupkan semula suami isteri yang dibunuh itu
Kembang gandapura dan kembang Wijaya mala
Kembang gandapura dan kembang angsana
Kembang bakawali dan kembang gandapura
Kembang cina dan kembang gandapura.
Berikut adalah nama-nama isteri Sang Nata KECUALI;
Paduka Ratna Sari
Permaisuri
Paduka Maha Dewi
Paduka Matar
Paduka Liku
Namakan watak pembantu Raden Menteri?
Bujang Selamat
Ken Tadahan
Wira Wani
Wira Putra
Antara puteri tawanan yang ditaruh dalam kota batu itu ialah seorang puteri rupawan. Pada masa itu Ken Tambohan berumur empat belas tahun. Baginda Sang Nata dan Permaisuri sangat sayang kepadanya kerana dialah yang tercantik sekali antara puteri tawanan itu
Soalan:
Senaraikan tiga perwatakan Raden Puspa Kencana.
Seorang anak angkat yang bijak.
Seorang yang rupawan
Berumur empat belas tahun
Tidak diketahui asal usulnya.
