wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz ulangkaji (Tingkatan 2)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan oleh masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan.

b)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.

c)

Masalah yang tidak dapat diselesaikan dan mempunyai kesan sampingan.

d)

Masalah yang langsung tidak dapat diselesaikan dan tiada kesan sampingan.

2.

Analisis fungsi terdiri daripada sebahagian perkara berikut iaitu

I produk

II objek

III fungsi

IV warna

a)

I , II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

3.

Parameter bagi pencanggahan fizikal besar-kecil ialah

a)

saiz

b)

beban

c)

ketinggian

4.

Yang manakah BUKAN cadangan bagi Prinsip Inventif melalui kaedah pemisahan ruang?

a)

Pembahagian

b)

Pengantara

c)

Tidak simetri

d)

Tindakan awal

5.

Manakah antara berikut penerangan bagi konsep tindakan awal bagi cadangan prinsip inventif?

a)

Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko

b)

Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya

c)

Menambah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri

d)

Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan

6.

Apakah maksud bagi simbol ini?

a)

Berguna tetapi tidak mencukupi

b)

Berguna

c)

Berguna tetapi berlebihan

d)

Bermasalah

7.

Apakah jenis parameter yang mewakili percanggahan fizikal bagi Besar ----- Kecil?

a)

Beban

b)

Ketinggian

c)

Berat

d)

Saiz

8.

Yang manakah antara berikut fasa penyelesaian masalah inventif?

a)

Analisis punca masalah -------- Kaedah penyelesaian ---------Model masalah--------Model penyelesaian

b)

Model masalah --------- Analisis punca masalah --------Model masalah--------Kaedah penyelesaian

c)

Analisis punca masalah---------Model masalah---------Kaedah penyelesaian---------Model Penyelesaian

d)

Model penyelesaian---------Kaedah penyelesaian--------Model masalah----------Analisis punca masalah

9.

Yang manakah merupakan maksud kedinamikan

a)

Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan

b)

Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko

c)

Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak

10.

Panas, hujan dan kelembapan merupakan contoh bagi jenis halangan

a)

semula jadi

b)

sains dan fizik

c)

sifat asas objek

11.

Analisis fungsi bertujuan untuk

a)

Membantu mengenal pasti sistem yang terdapat pada sesebuah produk.

b)

Mengenal pasti punca masalah

c)

Mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam sesuatu parameter.

12.

Percanggahan fizikal ialah

a)

Fungsi setiap komponen yang melengkapkan sesuatu produk.

b)

Perubahan yang berlaku dalam sesuatu parameter yang akan menyebabkan keadaannya berubah menjadi bertentangan daripada keadaan asal.

c)

Hubung kait antara produk dengan objek dri segi fungsi.

13.

"Adakah meja perlu berat untuk menampung beban dan ringan untuk mudah dialihkan dalam masa yang sama?" Jika jawapannya adalah tidak, apakah kaedah yang boleh dipilih?

a)

Kaedah pemisahan ruang.

b)

Kaedah pemisahan masa.

c)

Kaedah pemisahan bersegi.

d)

Kaedah pemisahan berantai.

14.

Rajah menggunakan cadangan prinsip inventif

a)

tindakan awal

b)

pembuangan dan pemulihan

c)

pengembangan terma

d)

penyarangan

15.

pilih hubungkait antara produk dengan objek dari segi fungsinya yang betul

a)

PASU menyokong BUNGA

b)

PASU memegang BUNGA

c)

BUNGA menyokong PASU

d)

MEJA memegang PASU BUNGA

16.

Encik John menukarkan enjin keretanya kepada enjin turbo untuk meningkatkan kuasa enjin tetapi mengakibatkan keretanya mudah hilang kawalan serta membazirkan bahan api.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

17.

Raju mudah membawa barang-barang yang dibeli dipasar setelah memasang bakul di motosikalnya.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

18.

Puan Masliza membakar sebiji kek coklat dan menambahkan buah strawberi dan curahan coklat sebagai hiasan. Hasilnya kek menjadi sangat sedap dan menarik.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

19.

Nina menggantikan kaki meja kayu kepada kaki besi untuk menampung beban yang banyak dan menambah roda supaya menjadi ringan untuk dialihkan.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

20.

Suresh berjaya mencipta lampu yang akan menyala di waktu gelap dan padam di waktu terang supaya bil eletrik tidak melambung tinggi.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

21.

Patimah merancang untuk membeli almari yang besar dan perlu muat di dalam kereta untuk dibawa pulang ke rumah.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

22.

Encik Heng memerlukan meja makan yang besar apabila anak-anaknya pulang bercuti di rumahnya. Namun apabila mereka kembali ke kota untuk bekerja, dia tidak memerlukan meja yang besar kerana dia dan isteri sahaja yang akan menggunakan meja tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

23.

Rahman memeriksa mata gergaji dan mendapati mata tersebut tumpul akibat melakukan kerja terlalu lama. Dia mengasah mata gergaji tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

24.

Irene sedang membuat latihan dan hujung pensilnya patah ketika menulis. Dia meraut mata pensil tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

25.

Safiyah mendapati buku baru yang dibelinya mempunyai kulit buku yang mudah rosak. Dia membalut bulu tersebut dengan pembalut buku tahan lasak.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan inventif