NEW
Font size
WorksheetsSIMPULAN BAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berita yang dibawa oleh Farisya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
khabar angin
mulut murai
alas cakap
buah mulut
Tulisan Khairul yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Fadzilahayati.
cangkul angin
embun jantan
cakar ayam
getah bawang
Peniaga itu terpaksa membayar ____________ kepada pelanggannya kerana barangan yang dijualnya tidak berkualiti.
wang muka
duit kopi
gaji pokok
ganti rugi
Azman sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
kepala angin
kepala batu
keras hati
putih mata
Keluarga Encik Adam ___________ di tepi pantai pada minggu lepas.
angin makan
makan angin
atas angin
ada angin
Mohd Azlan ____________ ketika mendengar perbualan ayahnya dengan ketua kampung itu.
pasang telinga
angkat kaki
kacang hantu
panas darah
Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menanggung hutang yang banyak.
goyang kaki
langkah bendul
hutang darah
gulung tikar
Rumah Encik Aiman hangus terbakar. Beliau dan keluarganya kini ____________ kerana semua barang - barangnya hangus dijilat api.
sehelai sepinggang
sebatang kara
anak yatim
seribu langkah
Adeeb datang ke rumah Aimy ketika keluarganya sedang menjamu selera.
Langkah kiri
Langkah kanan
Langkah seribu
Langkah bendul
Puan Ainon tidak digemari oleh orang kampung kerana suka menceritakan hal orang lain kepada penduduk di situ.
Mulut murai
Mulut tempayan
Buah mulut
Pencuci mulut
______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata duitan
Mata keranjang
Mata pencarian
Nina dikatakan _____ kerana mengambil semula hadiah yang telah diberikan kepada kawannya.
iri hati
buruk siku
bidan terjun
omong kosong
Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.
durian runtuh
kacang hantu
dalam tangan
tangan terbuka
Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.
isi hati
ikat perut
cepat tangan
panjang tangan
Amirah yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
tajam akal
otak udang
tanda mata
rambang mata
Anak perempuan Encik Ali digelar __________ kerana tidak tahan akan cuaca panas .
puteri lilin
tuan puteri
puteri ayu
