NEW
Font size
WorksheetsSelamat Di Alam Siber 1
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Aisyah sering diganggu oleh orang yang tidak dikenali melalui media sosial miliknya. Apakah tindakan yang harus diambil oleh Aisyah?
Memberitahu ibu
Memberitahu rakan baiknya
Memberitahu makcik kantin sekolahnya
Jalil sering menghantar mesej berbaur lucah kepada rakan-rakan di dalam kelas. Apakah tindakan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut?
Melaporkan kepada adik beradik yang lain.
Melaporkan kepada guru.
Melaporkan kepada guru kaunseling.
Sudarshana gemar menghantar suafoto miliknya di media sosial. Apakah yang perlu dilakukan oleh Harine sebagai rakan karibnya?
Menggalakkan Sudarshana untuk bersuafoto.
Menasihati Sudarshana agar berhati-hati dengan media sosial.
Menasihati Sudarshana agar berhati-hati dengan suafoto.
Seandai anda mengetahui salah laku buli siber di kalangan rakan anda, anda perlu
Berdiam diri sahaja
Melaporkan kepada pihak berwajib.
Menyertai salah laku buli siber.
Triguna bercuti bersama keluarga di Melaka. Dia memuat naik gambar percutiannya setelah kembali ke kediaman asalnya.
Betul
Salah
Tidak pasti
Terdapat orang yang tidak dikenali ingin menghantar Suria balik selepas sesi persekolahan.
Suria menolak pelawaan tersebut.
Suria menerima pelawaan tersebut.
Suria berlari ke seberang jalan untuk mengelak daripada orang yang tidak dikenali itu.
Jesri ditawarkan gula-gula semasa menunggu ketibaan kenderaan ayahnya. Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh Jesri?
Menerima pemberian gula-gula tersebut.
Menolak pemberian gula-gula tersebut.
Melaporkan kepada rakan karibnya.
Julia sering menggunakan komputer di sekolah untuk melayari pautan yang tidak dibenarkan.
Marisa harus melaporkan kepada guru makmal komputer.
Marisa harus melaporkan kepada ketua kelasnya.
Marisa melaporkan kejadian tersebut kepada ibunya.
Terdapat orang yang tidak dikenali berlegar di luar rumah Sophie. Sophie perlu
menelefon rakan karibnya.
menelefon pengawal keselamatan sekolah.
menelefon pengawal keselamatan taman perumahannya.
Adi sering mendapat pesanan telefon berunsur ancaman. Adi perlu
melaporkan kepada jirannya.
melaporkan kepada ketua kelasnya.
melaporkan kepada ibu bapanya.
