Font size
WorksheetsPrinsip Perakaunan Modul 1 (1.1)
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Yang manakah antara di bawah merupakan salah satu proses dalam Simpan Kira?
Merekod
Menganalisis
Mentafsir
Merumus
Manakah antara di bawah adalah kitaran perakaunan yang terakhir?
Buku Catatan Pertama
Penyata Kewangan
Catatan Penutupan
Imbangan Duga Terselaras
Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Duga?
Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga.
Catatan yang dipindahkan menggunakan Sistem Catatan Bergu.
Senarai baki debit dan baki kredit daripada Lejar.
Penyata untuk menghitung untung atau rugi perniagaan.
Apakah proses ke enam yang terdapat dalam Kitaran Perakaunan?
Buku Catatan Pertama
Lejar
Pelarasan
Imbangan Duga Terselaras
Nyatakan 4 Subbidang Perakaunan.
(Pilih 4 jawapan)
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Percukaian
Pengauditan
Pengeluaran
Apakah yang dimaksudkan dengan Perakaunan Kewangan?
Merancang hal-hal percukaian
Mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat.
Mengawal, merancang dan menguruskan pengeluaran.
Menyediakan Penyata Kewangan.
Siapakah pengguna luaran Penyata Kewangan?
(Pilih 3 jawapan)
Bank
Pengurus
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kerajaan
Pembekal
Apakah Subbidang Perakaunan yang menjalankan pemeriksaan setiap rekod kewangan dan dokumen sumber?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan Pengurusan
Perakaunan Kewangan
Apakah Subbidang Perakaunan yang menyediakan belanjawan tunai bagi sesebuah perniagaan?
Perakaunan Pengurusan
Percukaian
Perakaunan Kewangan
Pengauditan
Siapakah yang boleh memberi pendapat "Laporan Kewangan telah disediakan dengan wajar tanpa pengecualian"?
Pengarah Syarikat
Akauntan Dalaman
Pelabur Saham
Akauntan Luaran
Apakah yang dimaksudkan dengan Profesional.
(Pilih 2 jawapan)
Profesional adalah seseorang yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.
Profesional adalah seseorang yang boleh menunjukkan komitmen dan minat mendalam terhadap kerjanya.
Profesional adalah seseorang yang membuat tugasan sendirian tanpa sokongan dari mana-mana pihak.
Profesional adalah seseorang yang memiliki keperibadian yang menarik dalam sesebuah perniagaan.
Nyatakan ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin.
Akauntabiliti
Integriti
Kredibiliti
Isolasi
Apakah yang dimaksudkan seorang akauntan mesti mempunyai ciri Integriti?
Bertanggungjawab melaksanakan fungsi tertentu dalam perakaunan.
Jujur dalam semua hubungan profesional.
Keupayaan menyampaikan makumat perakaunan yang adil dan tepat.
Berkongsi maklumat dan berbincang dengan pihak luar.
Manakah antara berikut merupakan Etika Profesion Perakaunan.
(Pilih 4 jawapan)
Kompetensi
Integriti
Sifat Profesional
Korupsi
Objektiviti
Apakah yang dimaksudkan dengan kompetensi dalam Etika Profesion Perakaunan?
Berkemahiran dan berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan perakaunan.
Jujur dan telus dalam hubungan profesional.
Digalakkan berkompromi dengan pihak yang berkepentingan.
Patuh kepada undang-undang dan peraturan yang telah digariskan.
Apakah Kod Etika Akauntan Profesional yang tepat untuk situasi di bawah.
Akauntan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan melaksanakan tugas secara profesional.
Kompetensi
Integriti
Kerahsiaan
Objektiviti
Seorang Akauntan perlu sentiasa menghayati nilai keadilan dan kebenaran dalam pelaksanaan tugasnya.
Apakah Kod Etika Akauntan Profesional yang telah dipatuhi?
Sifat Profesional
Kompetensi
Objektiviti
Kerahsiaan
Yang manakah antara di bawah merupakan Badan Kawal Selia Perakaunan di Malaysia?
Institut Akauntan Malaysia (MIA)
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
Manakah antara di bawah yang menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan.
MIA
CIMA
ACCA
MASB
Manakah antara Badan Profesional Perakaunan ini melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan.
CPA
MIA
MASB
CIMA
