NEW
Font size
WorksheetsHYE Ekonomi
Total questions: 25
Worksheet time: 26mins
1. Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?
A. Hubungan antara harga dan kuantiti
B. Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
C. Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
D. Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga
2. Keluk permintaan individu akan beralih ke kiri kerana
I harga barang itu menurun
II harga barang itu meningkat
III harga barang penggenap meningkat
IV harga barang pengganti menurun
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
3. Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang.
Faktor manakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1
A Harga barang itu meningkat
B Jangkaan harga masa depan naik
C Pendapatan pengguna menurun
D Harga barang penggenap meningkat
4. Rajah berikut menunjukkan pergerakan titik B ke A di sepanjang keluk permintaan.
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari B ke A ?
A Kenaikan harga barang penggenap
B Kejatuhan harga barang penggenap
C Kenaikan harga barang itu sendiri
D Kejatuhan harga barang itu sendiri
5. Rajah berikut menunjukkan keluk-keluk permintaan individu dan keluk permintaan pasaran suatu barang.
Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika DP ialah keluk permintaan pasaran?
A 10 unit
B 15 unit
C 20 unit
D 35 unit
6. Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang.
Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1?
A Harga keseimbangan akan meningkat
B Kuantiti keseimbangan akan berkurang
C Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik
D Harga keseimbangan akan turun
7. Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang
Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan di atas?
A Wujud lebihan penawaaran dalam pasaran
B Harga keseimbangan akan meningkat
C Kuantiti keseimbangan tidak berubah
D Harga keseimbangan akan menurun
8. Rajah berikut menunjukkan ciri bagi dua sistem ekonomi.
Apakah X?
A Memaksimumkan utiliti
B Menyediakan barang awam
C Mewujudkan persaingan antara firma
D Mekanisme harga menentukan peruntukan sumber ekonomi
9. Rajah berikut menunjukkan TS ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi
Pilih pernyataan yang benar tentang kombinasi pengeluaran di titik Q.
A Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum tanpa membazir
B Mencapai kecekapan pengeluaran dalam proses mengeluarkan barang
C Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat kekurangan faktor pengeluaran
D Tingkat pengeluaran tidak cekap kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya
10. Golongan kaya berupaya memperoleh lebih banyak barangan dalam sistem ekonomi pasaran bebas berbanding golongan miskin.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?
A Apa barangan yang hendak dikeluarkan
B Bagaimana barangan dikeluarkan
C Berapa barangan yang dikeluarkan
D Untuk siapa barangan dikeluarkan
11. Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?
A Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad
B Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad
C Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad
D Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad
13. Usahawan menerima ganjaran untung kerana
A Pilihan
B Pendapatan
C Sumber hasil
D Sumber ekonomi
14. Jadual yang berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi dua buah projek.
Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan jika peruntukan yang ada ialah RM15 juta?
I Pilihan
II Kos pengeluaran
III Kekurangan sumber ekonomi
IV Kehendak yang tidak terhad
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan
permintaan berkesan ?
Wan Ain mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15
Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang
berharga RM15
Amsyar tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3
Encik Aqil mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30
Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Hukum permintaan ?
Apabila harga naik,maka kuantiti diminta berkurang
Apabila harga naik,maka kuantiti diminta bertambah
Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta berkurang
Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta kekal
Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan
peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?
Peningkatan kos upah buruh
Penurunan cukai pendapatan perseorangan
Peningkatan pendapatan individu
Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan
