wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Kata nama am ialah perkataan yang....

a)

menamakan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, tempat, dan seumpamanya secara khusus.

b)

menamakan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, tempat, dan seumpamanya secara umum.

c)

menyatakan sesuatu perbuatan

d)

menyatakan sesuatu perasaan

2.

Kata nama khas ialah perkataan yang.........

a)

menamakan haiwan, tumbuhan, manusia, tempat, dan sebagainya secara khusus.

b)

menamakan haiwan, tumbuhan, manusia, tempat, dan sebagainya secara umum.

c)

menyatakan perasaan

d)

mentafsirkan perbuatan

3.

Aminah menanam pokok di halaman rumah sambil diperhatikan orang ramai.


Pilih kata nama khas yang terdapat dalam petikan di atas.

a)

orang ramai

b)

halaman

c)

pokok

d)

Aminah

4.

Catherine pernah bersekolah di .................................................. sebelum berpindah ke luar negara.

a)

sekolah kebangsaan st mary

b)

Sekolah Kebangsaan St Mary

c)

Sekolah kebangsaan st mary

d)

sekolah kebangsaan st Mary

5.

Asyraff membelikan sebuah .................................... kepada adiknya kerana berjaya meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

Basikal

b)

basikal

c)

Lori

d)

Kereta

6.

Malaysia mencatatkan kes Koronavirus (COVID-19) terendah menjelang akhir Februari.


Pilih kata nama khas yang terdapat dalam petikan.

a)

Koronavirus (COVID-19)

b)

Malaysia

c)

Februari

d)

terendah

e)

akhir

7.

Kawasan itu dimajukan sebagai kawasan perindustrian.


Perkataan "perindustrian" dalam petikan di atas tergolong dalam.....

a)

kata kerja

b)

kata nama am

c)

kata nama khas

d)

kata adjektif

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rakyat malaysia diminta berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

b)

Rakyat Malaysia diminta berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

c)

Rakyat malaysia diminta berada di Rumah Masing-Masing sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

d)

rakyat malaysia Diminta Berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

9.

Perodua melancarkan kereta edisi terbaharu yang lebih mesra alam.


Pilih kata nama khas yang terdapat dalam petikan di atas.

a)

Proton

b)

Perwaja

c)

Perodua

d)

mesra alam

10.

Mereka merancang untuk mendaki............................. selepas tamat sesi persekolahan.

a)

Gunung Santubong

b)

gunung santubong

c)

bukit santubong

d)

Gunung santubong

11.

Nama saintifik bagi bunga orkid ialah

a)

bunga raya

b)

orchidaceaa

c)

Orchidaceae

d)

cendawan