wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM BMP semester 1

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

dia lelaki sang gembala kuda

hanya tahu mengejar kehebatan

tanpa menghitung kesakitannya

dan kuda-kuda itu ditunggangi


Apakah maksud tanpa menghitung kesakitannya?

a)

tidak mempedulikan kesengsaraan orang lain

b)

tidak mengambil berat kehidupan orang lain

c)

tidak mempercayai kesusahan orang lain

d)

tidak mengira bilangan kudanya

2.

tak peduli nasib diri setelah kenyang


Apakah gaya bahasa tersebut?

a)

sinkope

b)

metafora

c)

hiperbola

d)

simile

3.

dan kuda-kuda itu ditunggangi

ditunggangi dan ditunggangi


Apakah gaya bahasa tersebut?

a)

anafora

b)

epifora

c)

repetisi

d)

responsi

4.

Pilih 3 pengajaran sajak Sang Gembala Kuda?

a)

Kita hendaklah berjuang untuk menegakkan kebenaran demi menyelamatkan maruah diri, bangsa dan negara.

b)

Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

c)

Kita hendaklah bijak menjaga pandangan mata supaya tidak menginginkan sesuatu yang tidak berfaedah.

d)

Kita mestilah melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan penuh tanggungjawab.

5.

Dia lelaki bergelar perkasa

dengan cemeti keberanian di tangan

rembat angkuhnya memacu takut

menghalau kuda-kuda di padang

berebutan memburu kandang.


Apakah dimaksudkan dengan cemeti

a)

kayu pengukur

b)

tali pengikat

c)

rotan panjang

d)

tapak kaki kuda

6.

Pak Saidi mempunyai tiga orang anak lelaki. Siapakah nama mereka?

a)

Aznan, Ahlam, dan Amran

b)

Adnan, Ahmad, dan Amarullah

c)

Azam, Abdullah dan Alif

d)

Leftenan Adnan, Samad, Amarullah

7.

TEMA yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah:

a)

Kisah anak muda yang memulakan perniagaan ternakan ayam

b)

Kisah ibu yang mengharapkan kasih sayang daripada seorang anak

c)

Keberanian seorang anggota tentera mempertahankan tanah air

d)

Kisah anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya

8.

Tindakan Pak Saidi yang manakah telah mencetuskan buah mulut orang kampung?

a)

Membiarkan Adnan membantunya di kebun dan tidak bersekolah

b)

Menyertai pertandingan bola sepak antara kampung

c)

Membenarkan Adnan menyertai pasukan tentera

d)

Menghantar Adnan bersekolah di sekolah Inggeris

9.

Adnan menjalani latihan ketenteraan di

a)

Kem Latihan Bukit Pelanduk,Melaka

b)

Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson

c)

Kem Latihan Terendak, Melaka

d)

Kem Latihan Majidee, Johor Bahru

10.

Berikan contoh Masyarakat yang bijaksana dalam novel ini.

a)

Leftenan Adnan berlatih bersungguh-sungguh untuk kenaikkan pangkatnya

b)

Leftenan Adnan bersungguh-sungguh belajar

c)

Leftenan Adnan berjaya mengesan helah tentera Jepun menyamar sebagai askar India

d)

Leftenan Adnan Senantiasa menghormati ibu bapanya

11.

Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang

a)

roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu

b)

yang telah usang itu roboh akibat angin kencang

c)

akibat angin kencang rumah yang telah usang itu roboh

d)

angin kencang rumah yang telah usang itu roboh akibat

12.

Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

a)

sungguh dingin keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi.

b)

di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu.

c)

pada awal pagi keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

13.

Pilh kata kerja aktif transitif.

a)

tidur

b)

menjaga

c)

memasak

d)

bervitamin

14.

Pilih kata kerja aktif tak transitif.

a)

mengukus

b)

membaca

c)

berkhasiat

d)

berbuah

15.

Betulkan kesalahan bahasa


Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.

a)

akan

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

16.

Betulkan kesalahan bahasa

Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.

a)

dengan

b)

bahawa

c)

jika

d)

akan

17.

Pilih jawapan yang betul.


Kompleks membeli-belah bebas cukai sering menjadi tumpuan pelancong asing ketika melawat negara kita.

a)

membeli-belah - beli-belah

b)

Kompleks - komplek

c)

pelancong asing - pelancong

d)

Tiada kesalahan

18.

Apakah maksud peribahasa malas berkayuh perahu hanyut?

a)

Gerakan tangan yang cepat

b)

Kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan

c)

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga

d)

Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan

19.

Berdasarkan Syair Bidasari, yang manakah ialah perwatakan bagi Raja Negeri Kembayat?

a)

bijaksana dan berbudi pekerti mulia

b)

zalim dan kejam

c)

boros

d)

tidak adil dan bengis

20.

Pilih 2 persoalan yang terdapat dalam Syair Bidasari.

a)

Kepentingan menjaga penglihatan

b)

Tanggungjawab seorang raja dalam menjalankan amanah

c)

Perkara buruk merosakkan iman

d)

Kemakmuran sesebuah negeri

21.

Namakan peralatan yang ditunjukkan di gambar.

(a)  

22.

golongan muda yang mudah patah semangat sebelum menjadi petani yang berjaya disebabkan sikap

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

hangat-hangat tahi ayam

c)

belum duduk sudah berlunjur

d)

layang-layang putus tali

23.

Nyatakan fenomena yang ditunjukkan di gambar.

(a)  

24.

pilih perkataan yang betul

a)

berkahsiat

b)

berkhasiat

c)

berkhasat

d)

berkahsat

25.

Anak-anak muda malas bersukan.


Pilih pola ayat yang betul

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+KS

d)

FN+FA

26.

Nyatakan perkataan yang sama maksud (sinonim) bagi masalah

a)

sebab / faktor

b)

langkah / kaedah / cara

c)

kekangan / kerumitan / kesulitan

d)

keadaan / situasi

27.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;


Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

a)

Bagai kera mendapat bunga

b)

Bagai bulan dipagar bintang

c)

Bagai gerjaji dua mata

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

28.

Berikan maksud peribahasa


alah bisa tegal biasa

a)

Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.

b)

Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

c)

Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.

d)

Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.

29.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu _______________


Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

a)

Jauh perjalanan luas pemandangan

b)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

c)

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

d)

Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

30.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut.


Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

a)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Rambang mata

d)

Menyelam sambil minum air