Font size
WorksheetsSains Komputer Tingkatan 5 - 3.1.1 Bahasa Penskripan Klien
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
HTML atau Hypertext Markup Language ialah bahasa markup standard yang digunakan oleh pereka web profesional bagi mereka bentuk laman web.
Benar
Palsu
Berdasarkan gambar rajah di atas. Pilih padanan tag elemen HTML yang betul bagi P dan Q.
P = start tag, Q = close tag
P = close tag, Q = start tag
Berdasarkan gambar rajah di atas. Pilih padanan atribut HTML yang betul bagi X dan Y.
X = Atribut nama, Y = Atribut nilai
X = Atribut nilai, Y = Atribut nama
Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML.
Benar
Palsu
_______ membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu halaman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.
CSS
JavaScript
HTML
Dokumen _______ juga ialah konsep bagaimana elemen teks, audio, video serta grafik disusun agar mudah dibaca dan difahami oleh pelawat laman web.
HTML
CSS
JavaScript
Berdasarkan gambar rajah di atas, pilih pernyataan yang betul berkenaan Rajah X dan Rajah Y.
Rajah X menunjukkan contoh penggunaan HTML tanpa CSS. Rajah Y pula menunjukkan contoh penggunaan HTML dengan CSS.
Rajah X menunjukkan contoh penggunaan HTML dengan CSS. Rajah Y pula menunjukkan contoh penggunaan HTML tanpa CSS.
_______ menyediakan keupayaan pengaturcaraan untuk memproses sesuatu tugas berdasarkan permohonan yang diterima daripada klien.
HTML
CSS
JavaScript
Bahasa yang digunakan dikenali sebagai bahasa penskripan. Antara bahasa penskripan yang selalu digunakan ialah _______ .
JavaScript
PHP
ASP
Gambar rajah di atas merujuk kepada tag _______ .
HTML
JavaScript
Dalam _______ , JavaScript diletakkan dalam atau bersama-sama kod HTML.
explicit embedding
implicit embedding
Dalam _______ , kod JavaScript diletakkan di dalam fail luaran dan akan dipanggil jika ingin digunakan.
explicit embedding
implicit embedding
Gambar rajah di atas menunjukkan penggunaan ______ dalam JavaScript.
explicit embedding
implicit embedding
Gambar rajah di atas menunjukkan penggunaan ______ dalam JavaScript.
explicit embedding
implicit embedding
_______ biasanya adalah pelayar (browser ) yang digunakan oleh pengguna bagi melayari web dengan menggunakan sama ada peranti mudah alih, komputer riba atau komputer meja.
Pelanggan atau klien
Pelayan web
_______ berada di mana-mana jua di seluruh dunia yang bertindak untuk memproses permintaan atau menghantar laman web yang diminta oleh pengguna.
Pelanggan atau klien
Pelayan web
Laman web yang direka menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) sahaja ialah laman web yang bersifat _______ iaitu kandungan paparan pada setiap halaman mengikut tag HTML yang digunakan.
dinamik
statik
Laman web _______ pula ialah laman web yang direka menggunakan penskripan pelayan seperti ASP atau PHP yang memberi keupayaan kepada pemilik laman web untuk mengemas kini kandungan laman web dengan mudah.
dinamik
statik
-Kandungan paparan mengikut tag HTML yang digunakan.
-Dibina menggunakan HTML sahaja.
-Contoh: laman web yang memaparkan latar belakang organisasi.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______
laman web statik
laman web dinamik
-Kandungan paparan boleh dipanggil dari pangkalan data atau mengikut tindakan pengguna.
-Dibina menggunakan penskripan pelayan.
-Contoh: Aktiviti akan datang yang dipaparkan di laman utama laman web yang berubah mengikut tarikh kalendar.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______
laman web statik
laman web dinamik
Penskripan ialah sebahagian kecil program yang dilaksanakan berdasarkan interaksi pengguna dengan laman web.
Benar
Palsu
_______ bekerja di bahagian belakang pembangunan web dan dilaksanakan oleh pelayan web.
Penskripan pelayan
Penskripan klien
_______ bekerja di bahagian hadapan pembangunan web dan dilaksanakan oleh pelayar web.
Penskripan pelayan
Penskripan klien
Berdasarkan gambar rajah di atas. Pilih padanan atribut HTML yang betul bagi P dan Q.
P = Pelaksanaan penskripan klien, Q = Pelaksanaan penskripan pelayan
P = Pelaksanaan penskripan pelayan, Q = Pelaksanaan penskripan klien
Bahasa penskripan klien secara umumnya merujuk program komputer dalam web yang dilaksanakan pada komputer klien. Program ini direka bagi memanipulasikan dan memaparkan kandungan laman web yang telah dimuat turun dalam komputer klien.
Benar
Palsu
Penskripan klien biasanya digunakan untuk _______ .
pengesahan input yang dimasukkan oleh pengguna
menukar jenis font
menukar warna latar web
Apakah kelebihan bahasa penskripan klien?
Laman web lebih interaktif
Pembangun web berkeupayaan menentukan reka bentuk dan ciri-ciri web
Meningkatkan kebolehgunaan web bagi pelayar yang menyokong pelbagai jenis bahasa penskripan klien
Pelaksanaan tugas yang pantas tanpa penglibatan komputer
pelayan
Mampu membuat capaian ke atas fail sistem yang terdapat pada pelayan web
