wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Kesalahan Bahasa) Tingkatan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.

a)

lalu lintas

b)

jalan raya

c)

suhu panas

d)

ruang udara

2.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

3.

Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.

a)

tegas

b)

teguh

c)

kuat

d)

kental

4.

Mariah selalu terkenang......peristiwa pahit manis ketika dia berada di kampung dahulu.

a)

akan

b)

terhadap

c)

pada

d)

dengan

5.

KESALAHAN UMUM KATA DAN FRASA NAMA. PILIH AYAT YANG BETUL

a)

Para petani itu sedang membajak tanah.

b)

Para petani-petani itu sedang membajak tanah.

6.

KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.

a)

Mereka itu telah pun makan nasi.

b)

Mereka-mereka itu telah pun makan nasi.

7.

KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.

a)

Beg ini dibeli olehnya.

b)

Beg ini dibeli oleh ia.

8.

KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Saya makan nasi apabila lapar

b)

Saya makan nasi bila lapar.

9.

KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Oleh kerana sakit, dia ke klinik.

b)

Oleh sebab sakit, dia ke klinik.

10.

KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Saya tunggu awak hingga petang.

b)

Saya tunggu awak hingga ke petang.

11.
Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
a)
Para peserta
b)
Peserta peserta
12.
Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
a)
Beliau
b)
dalam
13.

Ali memberitahu guru sekolahnya yang dia tidak dapat menghadiri latihan sukan pada petang ini.

a)

yang

b)

bahawa

c)

iaitu

d)

ialah

14.

Encik Salim telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.

a)

dianugerahi

b)

dianugerah

c)

di anugerahkan

d)

dianugerahkan

15.

Berkat sokongan dan dorongan ______________ ibu bapanya, Aina telah berjaya dalam bidang perniagaannya.

a)

ke dua

b)

kedua-dua

c)

kedua

d)

ke 2

16.

_________________ yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.

a)

Lain-lain hal

b)

Hal lain-lain

c)

Hal lain

d)

Hal-hal lain

17.
Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.
a)
akan
b)
kepada
c)
untuk
d)
dengan
18.
Beberapa orang pengkaji sejarah turut membentang kertas kerja-kerja tentang sejarah Melayu di nusantara.
a)
kerja-kerja
b)
kerja
c)
membentangkan
d)
bentangkan
19.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
20.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang