wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hidup Bermoral Pemangkin Kesejahteraan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah kepentingan mempelajari moral, KECUALI

a)

Memupuk perpaduan dalam masyarakat

b)

Memilih perkara yang buruk dan memudaratkan diri

c)

Melatih diri menjadi insan berakhlak mulia

d)

Membentuk jati diri yang unggul

2.

Amir, Ah Seng dan Raju adalah contoh anak yang sangat menjaga maruah diri dan keluarganya. Berikut adalah contoh sikap baik yang diamalkan oleh mereka, KECUALI.

a)

Tidak melanggar peraturan sekolah

b)

tidak melawan cakap guru

c)

hormat kepada pandangan rakan

d)

merosakkan harta benda sekolah

3.

Cara hidup bermoral ialah

a)

Bercakap kasar dengan guru

b)

menconteng peralatan sekolah

c)

Bersikap jujur sepanjang masa

d)

Tidak pedulikan nasihat kaunselor sekolah

e)

Tidak mempunyai matlamat hidup

4.

Kelvin menggunakan tempat letak kereta OKU kerana ingin cepat, perbuatan tersebut adalah tingkah laku

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

5.

Pilih contoh perlakuan bermoral ketika di rumah

a)

Membantu ibu mengemas dapur selepas makan tengahari

b)

Memberi makan kepada haiwan peliharaan

c)

Membantu adik menyelesaikan kerja sekolah

d)

Memasang radio dan televisyen dengan kuat hingga mengganggu abang belajar

6.

Berpakaian kemas semasa pergi ke sekolah ialah perlakuan

a)

bermoral

b)

tidak bermoral

7.

Saya perlu berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

8.

Meninggalkan kelas tanpa menutup suis lampu dan kipas adalah perbuatan bermoral.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Letchumy tidak sempat mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan, lalu dia membawa nota kecil masuk ke dalam dewan peperiksaan.

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

10.

Antara berikut, yang manakah cara hidup bermoral? (jawapan boleh lebih daripada 1)

a)

menggunakan telefon ketika memandu

b)

membuang sampah ke dalam tong sampah

c)

Beramah mesra dengan jiran tetangga

d)

menghormati tetamu yang datang

e)

menggunakan tempat letak kereta OKU walaupun sihat sempurna

11.

Amalan perlakuan bermoral ialah

a)

Belajar bersungguh - sungguh

b)

Pilih dan bergaul dengan rakan yang berakhlak baik

c)

Aktif dalam bidang kokurikulum

d)

Bercakap sopan dengan ibu bapa, guru dan rakan

e)

Ke semua pernyataan di atas adalah menunjukkan perlakuan bermoral

12.

Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk. Berikan 3 contoh perlakuan yang bermoral yang anda dapat lihat di sana. KECUALI

a)

berbaris menunggu giliran

b)

memberi laluan kepada individu yang lebih layak

c)

memotong barisan

d)

tidak membuang sampah dan meludah di merata tempat

13.

Anda ternampak kawan anda terlibat dengan kes merokok di kawasan sekolah ? Apakah pendekatan pertama yang perlu anda ambil untuk menunjukkan kamu seorang kawan yang bertanggungjawab ?

a)

melaporkan kepada guru disiplin

b)

merahsiakan perkara tersebut

c)

menasihati kawan agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi

d)

memarahinya

14.

Berikut adalah menunjukkan ciri seorang pelajar yang berintergriti, KECUALI ?

a)

Mudah dipengaruhi

b)

berpegang pada prinsip

c)

kejujuran

d)

ketulusan

15.

Apakah maksud mempunyai nilai sejagat?

a)

sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras dengan nilai-nilai murni yang sepatutnya.

b)

perlu peka dan prihatin serta memainkan peranan dalam usaha mengatasi isu-isu sejagat demi kesejahteraan kehidupan bersama.

c)

perlu berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

d)

sentiasa bersedia menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diterima oleh semua.

16.

Apakah maksud mengamalkan kesejahteraan sejagat?

a)

sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras dengan nilai-nilai murni yang sepatutnya.

b)

perlu peka dan prihatin serta memainkan peranan dalam usaha mengatasi isu-isu sejagat demi kesejahteraan kehidupan bersama.

c)

sentiasa bersedia menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diterima oleh semua.

d)

perlu berpegang teguh kepada agama, nilai dan peraturan ketika bertindak dan bertingkah laku dalam pelbagai situasi

17.

Berikut bukan tujuan mengadakan rumah terbuka KECUALI

a)

Mendapat populariti

b)

Menunjuk-nunjuk kemewahan

c)

Mengeratkan silaturahim

d)

Membazirkan makanan

18.

Menjadi insan berakhlak mulia saya akan...

a)

Sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras nilai-nilai murni yang sepatutnya.

b)

Saya tidak akan menjaga maruah diri saya.

c)

Saya tidak akan mentaati ibu bapa saya.

d)

Saya akan belajar sehingga berjaya.

19.

Saya perlu berpegang teguh kepada agama, nilai Dan peraturan ketika bertindak dan bertingkah laku dalam pelbagai situasi, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

20.

Berikut merupakan adab semasa menghadiri rumah terbuka KECUALI

a)

Berpakaian sopan

b)

Menjamu makanan dengan berhemah

c)

Bertegur sapa dengan tuan rumah dan tetamu

d)

Membawa balik makanan dari rumah terbuka